
HONDA MALAYSIA RAI ULANG TAHUN KE-25: PERKENAL HONDA CR-V DUAL-TONE EDITION, TERHAD 300 UNIT, HARGA BERMULA RM169K
Honda Malaysia meraikan ulang tahun ke-25 kehadirannya di pasaran tempatan dengan memperkenalkan Honda CR-V Dual-Tone Edition, terhad kepada hanya 300 unit sahaja di seluruh negara.
Menurutnya, model ini menjadi simbol penghargaan kepada jutaan pelanggan yang telah meletakkan kepercayaan mereka terhadap jenama Honda sejak 1999.
Seperti namanya, CR-V Dual-Tone tampil dengan bumbung berwarna hitam, termasuk tiang sisi dan cermin sisi yang turut menerima sentuhan warna gelap, memberikan gaya lebih premium dan sporty.
Dua pilihan warna badan utama ditawarkan, iaitu Ignite Red Metallic dan Platinum White Pearl, menjadikan ini kali pertama dalam sejarah CR-V ditawarkan dengan kemasan dua tona.

Hadir dalam varian E dan V, kedua-duanya dikuasakan enjin 1.5L VTEC Turbo yang menghasilkan 193PS dan 243Nm tork, bersama transmisi CVT.
Menariknya, harga kekal sama seperti model standard: RM169,900 untuk varian E dan RM181,900 untuk varian V (atas jalan tanpa insurans).
Menurut Honda Malaysia, pengenalan CR-V Dual-Tone Edition ini bukan sekadar sambutan ulang tahun, tetapi juga peringatan kepada visi jenama untuk terus “Delivering the Joy of Buying” – memberikan pengalaman pemilikan yang menggembirakan sambil bergerak maju bersama pelanggan.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan pandu uji, pelanggan boleh melayari www.honda.com.my atau mengunjungi mana-mana pengedar sah Honda di seluruh negara.
- BACA: AVETA VANGUARD 250 SE KINI DENGAN WARNA BAHARU, TIADA LAGI VARIAN STANDARD
- BACA: BYD SHARK 6 PHEV DIDEDAHKAN DI MALAYSIA – JANA 436HP, JARAK GERAK 800KM
- BACA: MOTO GUZZI V85 2026 – TIGA VARIAN DAN PERSONALITI, WARNA BAHARU LEBIH MENONJOL
- BACA: KIA TELLURIDE BAHARU – LEBIH RUGGED DAN LAWA TETAPI MASIH DENGAN GAYA SUV AMERIKA

