Artikel Pilihan

KERAJAAN CHINA HADKAN PECUTAN KERETA BARU – LEBIH SELAMAT!!!

Pihak berkuasa China kini dalam proses memperkenalkan peraturan baharu yang boleh mengubah cara industri automotif membina kereta untuk pasaran mereka. Dalam draf peraturan standard nasional baharu yang dikenali sebagai Technical Specifications for Power-Driven Vehicles Operating on Roads, kerajaan China mencadangkan had pecutan yang wajib diaktifkan setiap kali kereta dihidupkan.

Ya industri automotif China yang mempelopori EV laju akan dikawal selia oleh kerajaan dan EV anda mungkin akan menjadi slow ketika mula-mula diaktifkan

Mengikut draf cadangan peraturan baru tersebut, semua kereta penumpang tidak kira sama ada berasaskan petrol, hybrid atau elektrik mesti mengambil sekurang-kurangnya lima saat untuk atau lebih untuk memecut dari kelajuan 0 ke kira-kira 100 km/j (62 mph) pada saat kereta baru dihidupkan.

Ini bermakna, sebaik sahaja enjin dihidupkan atau sistem EV diaktifkan, ia akan berada dalam mode biasa (bukan Sport). Sekiranya pemandu perlukan kuasa penuh, pemandu perlu mengambil tanggungjawab penuh dengan mengaktifkan sendiri mod prestasi seperti Sport, Track atau Launch Control.

Apa yang menarik ialah langkah ini perlu diulangi setiap kali kereta dihidupkan semula. Ini sekaligus menghalang kereta daripada memecut dengan ganas sebaik enjin atau motor elektrik dihidupkan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan, industri automotif EV China telah membuka mata dunia dengan pecutan luar biasa dan ada EV yang berkuasa mampu memecut di bawah 2 saat. Model seperti Xiaomi SU7 Ultra, Zeekr 001 FR dan YU9 dari BYD semuanya berada dalam kategori prestasi hypercar pada harga kereta mampu milik

Tapi kuasa besar ini datang dengan satu masalah yang besar iaitu ramai pemandu, terutama yang kurang berpengalaman, tidak bersedia mengendalikan tork spontan EV. Bagi kerajaan China, ia bukan isu lawak tetapi ia isu keselamatan nasional

Peraturan ini adalah sebahagian daripada usaha lebih besar untuk mengurangkan risiko jalan raya yang dikaitkan dengan pecutan mendadak dari keadaan statik, terutama di lampu isyarat, kawasan sesak dan juga lebuh raya.

Peraturan ini akan memaksa pengeluar menghasilkan kereta EV yang lebih realistik untuk pasaran China. Malahan EV hypercar perlu diaktifkan dalam mode pemanduan selamat ketiak mula dipandu. Pada hemat penulis ia akan memastikan pemandu benar-benar pasti untuk memikul tanggungjawab dalam memandu EV berkuasa tinggi apabila menekan butang SPORT/Performance

Bagi pemandu yang merasakan aspek keselamatan adalah benda ringan, isu ini mungkin akan menyusahkan mereka, tetapi bagi kerajaan langkah ini dianggap bagus untuk keselamatan. Buat masa ini China ialah pasaran kereta terbesar di dunia dan trend ini akan memaksa pengeluar di negara lain mengambil tindakan yang sama

Satu lagi draf berasingan bertajuk “Spesifikasi Keselamatan Untuk Kenderaan Dikuasakan Yang Beroperasi di Jalan Raya” menyertakan satu lagi peraturan berkaitan kelajuan, kali ini menyasarkan model penumpang yang lebih panjang.

Seksyen 10.5.1 menyatakan:

Kenderaan penumpang dengan panjang 6 meter atau lebih mesti mempunyai fungsi amaran lebihan kelajuan, yang mampu mengaktifkan amaran melalui isyarat visual atau bunyi apabila kelajuan melebihi had kelajuan maksimum yang dibenarkan (had kelajuan maksimum tidak boleh melebihi 100 km/j), kecuali bagi kenderaan yang mempunyai fungsi atau peranti had kelajuan yang mematuhi piawaian.

Walaupun kebanyakan SUV besar dan minivan berada di bawah ukuran enam meter, peraturan ini berkemungkinan terpakai kepada limousin seperti Rolls-Royce Phantom VII Extended Wheelbase generasi sebelumnya, yang berukuran 6,092 mm (239.8 inci), kenderaan penumpang seperti bas dan juga kenderaan perdagangan seperti lori

Google ads
Back to top button