Buletin

SMART #5 RASMI MENDARAT DI MALAYSIA: DUA VARIAN, JARAK GERAK HINGGA 590KM, HARGA BERMULA RM199K

Selepas menarik perhatian ketika pratonton di Malaysia Autoshow 2025, smart Malaysia kini melancarkan secara rasmi model SUV elektrik terbaharu mereka, smart #5, ditawarkan dalam dua pilihan, Premium dan BRABUS.

Mengusung identiti Contemporary Adventurer, model ini dibangunkan untuk pemandu bandar yang mahukan sebuah EV serba lengkap: luas, bertenaga dan tampil berbeza.

smart #5 membawa gaya badan berkotak yang memberi karakter lebih matang berbanding model smart sebelumnya, serta memaksimumkan ruang dalaman.

Antara ciri utama:

  • Premium hadir dengan empat pilihan warna, manakala BRABUS tersedia dengan tiga warna eksklusif.
  • Kabin mewah dibalut kulit Nappa merangkumi lebih 90% permukaan dalaman.
  • Kemasan kayu oak sebenar dipadankan papan pemuka diinspirasikan aksesori tie-clip.
  • Bumbung kaca panoramik 1.7m² lengkap pelindung boleh laras.
  • Peti minuman sejuk terbina dalam konsol tengah.
  • Kaca dua lapis kalis bunyi menjadikan kabin lebih senyap.
  • Tempat duduk dengan mod baring, pengudaraan kerusi hadapan serta ciri keselesaan untuk penumpang belakang.
  • 34 ruang simpanan, ruang but sehingga 1,530 liter dan frunk 72 liter.

Bahagian infotainment smart #5 dikuasakan oleh:

  • Dua paparan OLED 13-inci
  • Paparan AR 25.6-inci
  • Cipset automotif AMD V2000

Sistemnya turut menampilkan LEO, avatar pintar berasaskan ChatGPT untuk fungsi navigasi, komunikasi serta kawalan kenderaan melalui arahan suara.

Turut melengkapi ialah ketersambungan Apple CarPlay, Android Auto, serta sistem audio 20 pembesar suara SENNHEISER dengan Dolby Atmos.

smart #5 menerima penarafan 5 bintang Euro NCAP, malah mencatat markah keseluruhan tertinggi dalam kategori SUV besar tahun 2025.

Antara ciri keselamatan lain:

  • Struktur dengan 82% keluli berkekuatan tinggi, kekakuan tork 42,000Nm
  • Tujuh beg udara
  • Smart Pilot Assist dengan Highway Pilot Assist (HWA) & fungsi Stop & Go
  • Kamera 360°
  • Sembilan mod pemanduan, termasuk lima mod off-road
  • Suspensi double wishbone depan dan multi-link belakang

Dari segi prestasi, perincian adalah seperti berikut;

Premium (RWD)

  • Pacuan roda belakang
  • Pecutan 0–100 km/j: 6.5 saat
  • Bateri 100kWh, jarak sehingga 590km (WLTP)
  • Pengecasan pantas DC 400kW + pengecasan AC 22kW

BRABUS (AWD)

  • Dua motor, pacuan semua roda
  • Pecutan 0–100 km/j: 3.8 saat
  • Launch Mode, bunyi talaan BRABUS
  • Tempat duduk Dinamica microfibre
  • Angkup brek merah
  • Rim 21-inci BRABUS Monoblock Z

Untuk harga pula, smart #5 diberi tanda harga bermula RM199,800 (Premium) dan BRABUS pada harga RM249,800 (harga atas jalan tanpa insurans).

Setiap pembelian hadir dengan pakej pemilikan premium termasuk Wallbox Charger percuma bernilai RM3,200, penyesuai V2L percuma bernilai RM800, data internet percuma selama 3 tahun (3GB sebulan, keseluruhan 108GB) serta pakej aksesori percuma yang merangkumi 6 item bernilai RM2,000.

Turut disertakan ialah jaminan komprehensif yang merangkumi waranti bateri voltan tinggi 8 tahun/200,000 km, waranti komponen voltan tinggi 8 tahun/150,000km, waranti kenderaan 4 tahun dengan jarak perbatuan tanpa had, waranti alat ganti 2 tahun dengan jarak perbatuan tanpa had, dan bantuan tepi jalan 24/7.

GALERI:

Premium:

Brabus:

Google ads
Back to top button