Buletin

BYD TECH DISCOVERY BERLANGSUNG 14-16 NOVEMBER – TAWAR PENJIMATAN HINGGA RM20K, ADA SESI PANDU UJI

BYD Malaysia bersama jenama mewah di bawahnya, DENZA, dan pengedar rasmi BYD Sime Motors mengadakan acara sulung BYD Tech Discovery, yang bakal berlangsung dari 14 hingga 16 November 2025 di Carpark 3, Plaza Arkadia, Desa ParkCity, bermula 10.00 pagi – 8.00 malam.

Dengan tema “BYD Intelligence. Powering Malaysia Forward”, acara ini bukan sekadar pameran kereta elektrik biasa, ia merupakan pengalaman imersif pertama di Malaysia yang menggabungkan inovasi teknologi, prestasi dan gaya hidup lestari di bawah satu bumbung.

Sebagai peneraju kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV), BYD terus memperkukuh reputasinya dalam pasaran tempatan melalui komitmen terhadap inovasi, keselamatan dan kebolehcapaian.

Dari Blade Battery yang revolusioner hingga ke e-Platform 3.0, jenama ini terus mengorak langkah membentuk masa depan pemanduan yang lebih pintar dan bersih.

Pengarah Urusan BYD Sime Motors berkata, jelajah teknologi ini menjadi wadah untuk memperkenalkan ekosistem EV BYD kepada rakyat Malaysia, bukan hanya sebagai pilihan pengangkutan, tetapi simbol perubahan ke arah kehidupan yang lebih lestari.

Kini dengan lebih 40 cawangan BYD dan DENZA di seluruh negara, dan sasaran 50 cawangan menjelang 2026, BYD Sime Motors komited memperluas capaian serta memperkukuh infrastruktur servis dan jualan bagi menyokong gelombang peralihan kepada kenderaan elektrik.

APA YANG MENARIK DI BYD TECH DISCOVERY

Tumpuan yang menarik di BYD Tech Discovery antaranya, Zon Pandu Uji & Pandu Percubaan. Rasai sendiri kehebatan model BYD dan DENZA yang dikuasakan oleh platform e-Platform 3.0 melalui aktiviti seperti:

  • Cabaran Camel Bridge & Cross-Axle (teknologi DMO – pandu percubaan sahaja)
  • Ujian Pecutan & Bonggol untuk prestasi di dunia sebenar (pandu uji)
  • Aksi 360° & Crabwalk bersama DENZA Z9GT

Selain itu, temui juga pakar teknikal BYD yang akan menerangkan secara mendalam mengenai Blade Battery, sistem pengecasan pintar serta ciri keselamatan termaju.

Bukan itu sahaja, promosi dan tawaran istimewa turut menanti pengunjung. Tempah BYD M6, BYD ATTO 3 ULTRA, atau BYD SEALION 7 dan nikmati penjimatan antara RM8,000 hingga RM20,000, selain peluang memenangi cabutan bertuah bernilai hingga RM38,888.

Tawaran tambahan termasuk rebat sehingga RM11,000 untuk BYD ATTO 2 dan SEAL baharu, atau rebat RM15,000 / pembiayaan tanpa faedah 0% bagi model DENZA D9 (tertakluk pada terma & syarat).

Turut tersedia adalah Zon Gaya Hidup, di mana pengunjung boleh bersantai dengan kopi percuma, ruang permainan kanak-kanak dan penebusan barangan eksklusif BYD, menjadikan acara ini mesra seisi keluarga.

Acara tiga hari ini menggabungkan teknologi, inovasi dan keseronokan dalam satu destinasi, memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri masa depan mobiliti elektrik.

Google ads
Back to top button