Buletin

BILA CHEETAH PUN NAK MERASA DUDUK DALAM TOYOTA LAND CRUISER

Sekumpulan pelancong berdepan detik cemas apabila seekor cheetah masuk ke dalam Toyota Land Cruiser mereka.

Tetamu yang tidak diundang itu duduk di kerusi belakang ketika beberapa orang pelancong dari Amerika Syarikat sedang asyik melihat sekawan cheetah di hadapan mereka.

Insiden mendebarkan dan mencuit hati itu berlaku di Serengeti, utara Tanzania yang merupakan lokasi safari Afrika popular.

Dalam video berdurasi satu minit 22 saat itu, seekor cheetah yang agak besar melompat, sebelum mencakar dan menggigit perehat kepala tempat duduk penumpang. Sementara seekor lagi cheetah berjalan di atas bumbung kenderaan berkenaan.

Pelancong tersebut, Britton Hayes kelihatan cuba untuk bertenang dan mendiamkan diri. Pemandu pelancong memberitahu supaya bertenang dan mengelak daripada membuat eye contact dengan cheetah tersebut.  

“Sejujurnya, ini mungkin momen paling menakutkan dalam hidup saya. Saya perlu mengosongkan fikiran kerana pemangsa seperti cheetah boleh mengesan ketakutan dan rasa tidak selesa. Jadi, mereka mungkin boleh bertindak dan mencederakan anda,” kata Hayes.

Tidak lama kemudian, cheetah itu akhirnya keluar daripada kenderaan tersebut. Mujurlah tiada siapa pun yang cedera.       

Google ads
Back to top button