Buletin

TOYOTA PANGGIL BALIK CAMRY SEBAB MASALAH..ERR…PISTON TERLEBIH SAIZ? SERIUS EH?

Mula-mula baca siaran medianya, Abang Japar ingat ia prank tapi sebenarnya berita ni serius. DI Amerika Syarikat, Toyota telah mengeluarkan notis panggil balik (recall) terhadap model Camry baru mereka atas satu sebab yang luar biasa.

Toyota telah memanggil balik kumpulan pengeluaran kecil Toyota Camry model 2018 akibat masalah enjin. Lebih spesifik lagi, enjin ini dipasangkan dengan omboh (piston) salah saiz. Ia lebih besar dari spesifikasi yang sepatutnya.

Sebanyak 1,730 unit telah terbabit dalam masalah tersebut. Toyota memberitahu masalah ini akan menyebabkan enjin berbunyi bising, mengeluarkan lebih asap menyebabkan lampu amaran menyala.

Ia juga memberi risiko kehilangan kuasa dan mungkin menyebabkannya enjin mati secar tiba-tiba. Toyota memberitahu isu ini melibatkan produksi kereta keluaran penghujung Disember 2017 hingga pertengahan Januari 2018 di mana omboh keluarannya terlebih saiz dari spesifikasi yang sebenar.

BACA: 5 RECALL TERBESAR DALAM SEJARAH 

NHTSA, badan kenderaan Amerika menerima rungutan dari pengguna berkenaan enjin yang lembab pada penghujung Januari lalu. 

Pengedar Toyota diberi tanggungjawab memeriksa kod tarikh produksi omboh ini. Jika ia sepadan dengan data Toyota, mereka akan menggantikan dengan seketul enjin baru.

Ya. ganti seketul enjin bukannya seketul piston.

 

 

 

Google ads
Back to top button