Buletin

BILA PEUGEOT 308 GEN KE-3 DIKATANYA MYVI BAHARU. JENG KAWE…

Satu video di aplikasi TikTok berdurasi 10 saat tular apabila mendakwa sebuah model baharu yang diuji itu ialah Perodua Myvi generasi baharu. 

Dengan caption ringkas, “Ini ke Myvi baru tu? cantik gile!!!”, video yang dirakam oleh pemilik akaun rayyanarilz itu telah menerima 86.3k tanda suka dan lebih 1,123 komen. Bukan itu sahaja, video berkenaan dikatakan telah ditonton sebanyak lebih 2.1 juta kali. 

Masalahnya, kereta itu bukanlah Perodua Myvi baharu. Tetapi Peugeot 308 generasi ketiga yang didakwa bakal dilancarkan ke pasaran Malaysia nanti. Jelas sekali bahawa kapsyen video itu menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen. Bagi mereka yang tidak biasa atau tidak kenal dengan jenama dan model kereta, mereka mungkin percaya. 

Namun, bukan semua orang ‘tertipu’. Ramai juga yang tahu bahawa itu ialah Peugeot 308 dan memberikan komen-komen kelakar. “Ini sym bang,” tulis Tuah Derhaka. Manakala campto evolution  pula menulis, “Ini Peugeot woi, celah mana Myvi.” 

Memetik laporan rakan media Paultan.org, tanggapan itu jelas salah kerana kereta berwarna merah itu menggunakan pemanduan sebelah kiri. Mana mungkin Perodua membuat ujian dengan kereta pemanduan sebegitu. 

Lagi satu, perlu tahu bahawa Perodua ialah antara pengeluar kenderaan yang paling hebat berahsia. Jadi, adalah mustahil untuk mereka memandu uji model baharu di jalan terbuka seperti ini. 

Google ads
Back to top button