Motosikal

YAMAHA 135LC, Y15ZR MOTOSIKAL PALING BANYAK KEMALANGAN TAHUN 2024

Majlis Pengurangan Kecurian dan Kemalangan Kenderaan Malaysia (VTAREC) dalam laporan terbaru mendedahkan bahawa motosikal jenis Yamaha 135LC paling banyak terlibat kemalangan bagi tahun 2024. 

Menurut statistik industri insurans, 135LC mencatat hampir 3,000 kes kemalangan diikuti Yamaha Y15ZR dengan 2,154 kes. Memetik laporan rakan media PanduLaju, kedua-dua motosikal ini menyumbang kepada 30 peratus daripada 15,149 kes kemalangan motosikal tahun lalu. 

Dalam pada itu, bagi kenderaan empat roda pula, Perodua Myvi tertinggi dengan 24,628 tuntuan insurans kemalangan diikuti Proton Saga (16,159) dan Honda City (13,388). 

Secara keseluruhan, tahun 2024 menyaksikan sebanyak 266,715 kes kemalangan dicatatkan dengan kenderaan persendirian merekodkan angka tertinggi dengan 229,739 kes.

Google ads
Back to top button