Buletin

CAJ EV ANDA DENGAN SETEL. MUDAH DAN DAPATKAN MATA GANJARAN MESRA

Sebagai langkah ke arah mobiliti yang lebih inklusif dan lestari, Setel telah memperkenalkan fungsi terbaharunya yang membolehkan serta memudahkan pengguna mengecas kenderaan elektrik (EV) mereka melalui aplikasi Setel.

Pengguna EV boleh mencari stesen pengecasan pilihan mereka berserta jenis pengecas. Ia kemudiandapat diaktifkan dengan mudah hanya menggunakan aplikasi Setel. Pembayaran dibuat melalui Setel Wallet dan pengguna akan menerima mata ganjaran Mesra untuk setiap transaksi.

“Tawaran kemudahan pengecas EV dalam ekosistem Setel membolehkan kami memberi fokus kepada aspek kelestarian. Kemudahan ini lahir daripada mendengar keperluan para pelanggan. Ia  juga merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang kami untuk terus menginovasi demi mobiliti inklusif, yakni bagi mendukung usaha global untuk menyahkarbon pengangkutan jalan raya. 

“Didorong oleh penerimaan EV yang kian berkembang di Malaysia, kami berhasrat untuk meluaskan akses ke atas infrastruktur pengecasan awam. Di samping memudahkan proses pengecasan buat pengguna EV, setanding dengan pengalaman mengisi petrol yang ditawarkan oleh Setel,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan.

Setel telah bekerjasama dengan JomCharge sebagai pihak penyedia yang pertama dan rancangan untuk bekerjasama dengan lebih ramai penyedia EV dalam tempoh terdekat, termasuklah Energise oleh PETRONAS. 

Dalam fasa pertama, pengguna EV boleh menggunakan aplikasi Setel untuk mengecas kenderaan elektrik mereka di lima lokasi rintis iaitu di Lotus’s Tesco Kepong, EV Connection Workshop di Petaling Jaya, Carsome PJ Automall, Rasa Sayang Resort milik Shangri-La di Pulau Pinang serta ibu pejabat ACO Group di Johor Bahru. Banyak lagi lokasi akan menyusul secara berperingkat nanti.

Muat turun versi aplikasi Setel yang terkini secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Maklumat lanjut mengenai Setel boleh didapati di https://www.setel.com/ 

Google ads
Back to top button