Buletin

BILIK PAMERAN NISSAN DIBUKA DI KENINGAU

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) baru-baru ini merasmikan pembukaan cawangan bilik pameran keenam di Keningau, Sabah. Pembukaan bilik pameran baharu itu bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap kenderaan Nissan di kawasan terbabit dan menawarkan akses lebih baik. 

ETCM Keningau (4)

Sebagai sebahagian daripada komitmen ETCM untuk mengembangkan perniagaannya (terutama di Sabah), kini terdapat 73 buah cawangan dan pengedar ETCM di seluruh Malaysia.

Bilik pameran yang impresif itu terletak di lokasi strategik di tengah-tengah bandar Keningau. Buat masa sekarang, bilik pameran itu mempamerkan tiga model terlaris Nissan iaitu Almera, Grand Livina dan Navara yang telah ditambah baik.

ETCM Keningau (2)

Bilik pameran itu juga memiliki satu seksyen khidmat pelanggan yang khas untuk menjawab sebarang pertanyaaan daripada para pelanggan serta menyediakan informasi sewajarnya.

“Dengan pembukaan bilik pameran baharu di Keningau, kami semakin bersemangat untuk mengembangkan perniagaan di kawasan ini serta terus meningkatkan pengalaman pelanggan Nissan di Sabah.

ETCM Keningau (1)

“Diharapkan premis baharu ini akan terus menjadi pusat utama ETCM untuk berhubung dengan para pelanggan kami di Keningau sepanjang mereka memiliki kenderaan Nissan,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk David Chen.

Maklumat lanjut, sila hubungi Hotline Khidmat Pelanggan ETCM di talian Tol PERCUMA: 1800-88-8368 atau layari laman web: www.nissan.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button