Pandu Uji

MITSUBISHI ASX CKD – HARGA BERMULA RM114,269

Pengedar rasmi kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan bahawa SUV Mitsubishi ASX yang dipasang tempatan (CKD) kini sudah dibuka untuk tempahan. 

Local Assembled Mitsubishi ASX-2WD

Majlis perasmian CKD dijadual dilaksanakan pada bulan ini. ASX CKD ditawarkan dalam dua pilihan pacuan roda iaitu  2WD dan 4WD. Apa yang lebih menarik ialah harga yang ditawarkannya. Anda boleh memiliki sebuah ASX pada harga bermula RM114,269 untuk varian 2WD dan RM128, 879.50 bagi pacuan empat roda (harga di atas jalan tidak termasuk insurans)!

“ASX CKD hadir dengan harga yang lebih mampu milik demi memenuhi permintaan pasaran terhadap SUV bersaiz sederhana. Ini adalah sebahagian daripada strategi pengembangan perniagaan Mitsubishi Motors Corporation (MMC) untuk pasaran-pasaran membangun.

_D4N1453

“Semua kenderaan Mitsubishi yang dihasilkan di seluruh dunia dipantau menerusi standard kualiti tinggi yang telah ditetapkan oleh MMC. Ini bermakna kereta yang dipasang tempatan mempunyai kualiti sama dengan model yang dipasang di Jepun,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tetsuya Oda.

_MAX0365

SUV itu dikuasakan oleh unit enjin MIVEC bersesaran 2.0 liter. Ia mampu menjana kuasa sehingga 150PS dan tork maksimum 197Nm dengan penjimatan 13.2 km/l. Enjin  itu kemudian dipadankan dengan transmisi INVECS- III CVT bersama ciri Sports Mode.

_MAX0459

Kedua-dua varian itu hadir dengan ciri-ciri seperti alat pengesan hujan dan lampu, tempat duduk kulit, sistem navigasi GPS, alat penggera parkir, kamera undur, pendingin hawa automatik serta meter kelajuan berkontras tinggi. Varian 4WD pula ditambah dengan bumbung panoramik, paddle shifters, butang penghidup enjin dan filem pelindung pada cermin kenderaan.

_MAX0381

ASX CKD hadir dalam empat warna menarik iaitu hitam, kelabu, perak dan putih bersama jaminan selama lima tahun serta perbatuan tanpa had.

Selain ASX CKD, MMM turut menawarkan rangkaian model lain termasuklah Mirage, Lancer GT, Triton, Pajero Sport, Pajero Exceed, i-MiEV dan Attrage. Sehingga kini, MMM mempunyai 57 bilik pameran (40 daripadanya ialah pusat 3S) dan 49 outlet servis di seluruh negara.

Local Assembled Mitsubishi ASX-4WD

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my atau ‘Like’ di laman Facebook: https://www.facebook.com/MitsubishiMotorsMalaysia

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button