
PROTON WAJA JDM
Pertama kali saya tengok kereta ini, su dah boleh agak ramai yang terkejut. Kereta ni simple, ada taste, JDM dan tak merapu. Konsepnya straight to the point.
Walaupun kereta asalnya sebuah Proton Waja, tetapi setelah dimodifikasi, nampak masih macam Proton Waja. Jalan paling selamat untuk meletakkan status sebuah Proton Waja supaya mendapat penghormatan di sebalik suis signalnya sebelah kiri iatau ialah jangan buat modifikasi merepek.
Tolong lah der. Janganlah rasa bangga dengan muka depan Evo 9 atau Evo 10. Ia akan kelihatan seperti ebo-do. Kereta Waja dalam keadaan standard dah nampak senonoh. Kalau setakat bubuh lips, skirting sikit tak apa. Kosong lagi bagus, pasang rim Jepun 18 inci dengan Brembo pun ok.
Ini satu contoh modifikasi yang mudah, ringkas dan sebenarnya banyak duit terpaksa dihabiskan. Pemiliknya nyata tahu apa yang dibuatnya. Jentera ini menggunakan enjin 4G93T (GSR) yang datang daripada half-cut Lancer CK/CM.
Lajunya boleh tahan. Tetapi apa yang membuatkan enjin ini popular adalah ia senang dimasukkan ke dalam bay enjin Waja tanpa memerlukan ubah suai besar. Semua barangnya pun boleh diguna semula.
Enjin ini disuapkan dengan Garret AR70. Turbin pula dipasangkan dengan manifold custom banana yang bertenggek di atasnya wastegate Turbo smart. Intake manifold dibuat custom, disambungkan ke paip stainless steel kepada intercooler custom yang diletak di sebalik bumper depan.
Aksesori lain ialah injap blow-off HKS SSQV, air filter K&N dan pam Walbro. Alat elektronik yang digunakan ialah APEXi AFC Neo dan boost controller Turbosmart. Tidak dilupakan ialah ekzos dengan paip 3 inci dan peredam bunyi custom. Boost 1.3 sudah cukup.
Transmisi yang digunakan ialah asal GSR, tetapi final drivenya ditukar supaya lebih pendek dengan nisbah 4.9. Tayarnya, Dunlop Direzza yang dipasangkan pada rim JDM Volks Racing berukuran 17 inci.
Nak lagi rare, rim ini dipasangkan pada hub lima lubang 114.3 dengan brek GSR. Suspensi asalnya digantikan dengan suspensi jenis boleh laras GAB bersama spring rate 8kg di depan dan 6kg di belakang.
Bahagian dalaman kereta dipasangkan dengan sepasang tempat duduk SSCUS klon Evo 6. Boleh diharap juga tempat duduk ini, agak selesa kalau dibandingkan dengan Bride Low Max.
Papan pemuka asal Waja digantikan dengan papan pemuka GSR yang jauh lebih cantik. Memang tidak ada masalah nak pasang komponen ini. Sementara aksesori lain termasuklah stereng OMP, tombol gear Momo dan audio Pioneer.
Sebagai penutup, saya beritahu ciri-ciri utama Waja ini. Pertama, enjinnya bagus. Kedua, supensi, rim dan tayarnya selera Jepun. , dalamannya kompelit. Sekarang luarnya nak buat macamana? Kalau nak buat bodo pun tak ada masalah. Tapi Aiman tak kisah telah membuat sedikit sentuhan (power jugak dah lama gua tak pakai ayat ni) dengan memasang skirting depan, tepi dan belakang jenis bolt-on custom. Bila dah siap semua, seluruh bahagian badan kereta ni dicat dengan warna ungu klasik.
[hr]SPESIFIKASIModel: Proton Waja/2004
Enjin: 4G93T GSR turbo. Port & polish, custom intake, banana manifold dengan turbin Garret AR70, boost 1.3, controller Turbosmart, blow-off HKS SSQV, wastegate Turbosmart, pam bahan api Walbro, air filter K&N,
Ekzos: Custom banana manifold, paip 3 inci, peredam bunyi custom.
Kotak gear: Manual 5 kelajuan, final drive 4.9, klac OS Giken
Suspensi: GAB boleh laras, spring rate 8kg/mm (hadapan) 6kg/mm (belakang)
BrekL GSR turbo dengan 5 hub, pad Bendix
Rim: VR TE37 17
Tayar: Dunlop Direzza 225/45/17
Dalaman: Papan pemuka Lancer CK4A, Apexi RSM, tempat duduk depan SSCUS, stereng OMP, tombol gear Momo, pemain Pioneer
Luaran: Lips dan skirting custom, warna ungu klasik
[hr]GALERI