Buletin

BMW GROUP MALAYSIA LANCAR DC FAST CHARGER DI AUTO BAVARIA ARA DAMANSARA UNTUK KEGUNAAN AWAM. LOKASI LAIN BAKAL MENYUSUL

BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan DC Fast Charger baharu yang dipasang di Auto Bavaria Ara Damansara untuk pengguna awam. Kemudahan sama juga akan dipasang di pusat-pusat pengedaran BMW i lain di seluruh negara.

Menjelang ketibaan barisan kenderaan BMW i generasi terbaharu, pengeluar kenderaan premium ini komited untuk menggiatkan penyediaan infrastruktur pengecasan di Malaysia, termasuklah Rapid-Charging DC Charger untuk pengecasan segera di pusat pengedaran yang terpilih di seluruh negara.

“Kami menerajui peralihan ke arah elektrifikasi bukan sahaja melalui portfolio kenderaan elektrik, malah dengan meperluaskan rangkaian infrastruktur pengecasan di seluruh negara.

“Kami telah menjalin kerjasama dengan GreenTech Malaysia untuk membina satu ekosistem yang mampu menaikkan mobiliti elektrik. Selain meneruskan usaha untuk menunaikan komitmen tersebut bersama jaringan pengedar kami.

“Ia bukan untuk pemilik BMW dan MINI sahaja, tetapi boleh digunakan oleh pemilik kenderaan elektrik di Malaysia. Kami yakin langkah ini dapat meningkatkan akses ke atas infrastruktur pengecasan di seluruh negara.

“Sekali gus membantu melegakan kebimbangan pengguna yang ingin memiliki kenderaan elektrik di Malaysia, terutamanya melibatkan jarak operasi kenderaan,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser.

“Kami berbesar hati untuk menyertai kumpulan pengedar yang pertama untuk merealisasikan visi ini dengan memasang DC Fast Charger di premis kami bagi kegunaan awam.

“Pelanggan setia juga kini boleh mengunjungi pusat pengedaran kami dan menikmati pengalaman pemilikan elektrik kerana kami menggalas tanggungjawab bersama BMW Group Malaysia untuk menggiatkan peralihan ke arah mobiliti elektro di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan.

BMW Group Malaysia menerajui mobiliti berelektrik di Malaysia sejak 2015 yang menyaksikan BMW i pertama diperkenalkan di negara ini. Sejak itu, lebih 21,000 unit kenderaan BMW dan MINI berelektrik berjaya diserahkan ke seluruh negara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button