
BARU LANCAR, BATCH PERTAMA BMW iX SOLD OUT DI INDIA
BMW melancarkan Sports Activity Vehicle (SAV) elektrik pertama, BMW iX di pasaran India.
Lebih mengejutkan, batch pertama model terbaharu itu habis terjual tidak sampai satu hari pada hari pelancaran tersebut.
SAV BMW iX dijual pada harga Rs 1.16 crore (RM 644,046).
Fasa pertama tempahan menyaksikan sambutan menggalakkan daripada para pelanggan dalam talian dan di seluruh pengedar BMW India.
Penghantaran akan bermula pada awal April 2022. BMW India akan membuka fasa kedua tempahan pada suku pertama 2022.
Presiden BMW Group India, Vikram Pawah berkata pihaknya teruja dengan maklum balas luar biasa yang diterima terhadap jentera terbaharu itu.
“Dengan semua unit dijual pada hari pertama, kami kini bersiap sedia untuk memenuhi permintaan pelanggan lain yang sedang menunggu untuk memiliki BMW SAV elektrik eksklusif ini,” jelasnya. – timesofindia
- BACA: BMW PERKENAL SISTEM STERING RODA BELAKANG, LEBIH RINGKAS LEBIH BAGUS.
- BACA: BMW CONCEPT XM – SUV PANTAS PHEV, RUPA PARAS AGRESIF, VERSI PRODUKSI MUNCUL TAHUN DEPAN
- BACA: BMW MOTORRAD MULA PRODUKSI SKUTER ELEKTRIK CE-04. RM49,000 SEUNIT
- BACA: BMW GUNA NAJIS LEMBU CAS EV. BAGI UDARA LAGI BERSIH, MELESTARI ALAM SEKITAR