
BABY S1KRR MENDARAT DENGAN BMW F 450 RR – 48HP, 43NM
Selepas pelancaran F 450 R bulan September lalu, BMW Motorrad memperluas tawaran 450cc dengan versi sportsbike menerusi F 450 RR.
Seperti F 450 R dan F 450 GS, F 450 RR ini juga turut dikuasakan enjin dua silinder (parallel-twin) yang dibangunkan TVS Motor Company dan menawarkan 48hp pada 8,750rpm dan 43Nm pada 6,750rpm.

Meskipun begitu, sebagai jentera sportsbike F 450 RR ini menawaran geometri casis dan ergonomik yang berbebza bagi menawarkan pengalaman menunggang yang lebih agresif dan sporty.
Menurut BMW Motorrad, F 450 RR ini hadir dengan empat varian, Standard, Sport, M Sport dan M Sport dengan pakej Innovation.

Varian Sport menawarkan suspensi Sport dan fungsi Shift Assistant Pro sementara M Sport turut menawarkan kedua-dua ciri sama namun ditambah dengan Riding Modes Pro serta warna Snaefell White dan M Motorsport. Sementara itu, pakej Innovation pula menawarkan sistem Easy Ride Clutch.
Antara ciri standard pada keempat-empat varian adalah seperti berikut:
ketinggian tempat duduk 790mm
- grip pemanas
- lampu LED
- meter TFT 6.5-inci
- USB-C
- tangki 14L
- winglet

Suspensi pula terdiri dari fork USD KYB 43mm di hadapan dengan penyerap hentak KYB di belakang. Varian Sport menawarkan pelarasan rebound dan compression damping.
Brek pula terdiri dari cakera 310mm di hadapan dengan brek Brembo empat piston dan cakera 240mm di belakang dengan brek ByBre satu piston.
GALERI: BMW F 450 RR 2027















