BMW F 450 R DIUMUMKAN – 47HP, 43NM
BMW Motorrad dengan rasmimnya memperluas tawaran model 450cc dengan pelancaran BMW F 450 R serba baharu.
Untuk rekod, F 450 R merupakan model kedua selepas F 450 GS yang diperkenalkan pada penghujung tahun 2025 dan turut dikuasakan platform dua silinder 420cc dibangunkan TVS Motor yang menawarkan 47hp pada 8,750rpm dan 43Nm pada 6,750rpm.

BMW mendakwa bahawa 80 peratus dari tork tersebut tersedia seawal 3,000rpm. BMW turut mengekalkan offset crankpin pada 135-darjah seperti yang terdapat pada F 450 GS.
Pada berat hanya 175kg (175kg sekiranya dipasang dengan Easy Ride Clutch), F 450 R ini menggunakan casis jenis tubular steel seperti GS namun telah ditala semula agar menawarkan kawalan yang lebih jitu di jalan raya.

Pakej suspensi terdiri dari fork USD 43mm dari KYB dengan jarak gerak 140mm dengan pelarasan rebound dan compression damping di bahagian hadapan dan monoshock KYB di bahagian belakang yang dipadankan bersama swingarm aluminium.
Keupayaan membrek pula dibekalkan Brembo monoblock empat piston dengan cakera 310mm di hadapan dan brek ByBre satu piston dengan cakera 240mm di belalang. ABS Pro juga didatangkan secara standard termasuk Cornering ABS. Model ini juga dilengkapi dengan Shift Assistant Pro (quickshifter) secara standard.

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:
- tiga mod (Rain, Road dan Dynamic)
- Dynamic Brake Control (DBC)
- Dynamic Traction Control (DTC)
- Engine drag torque control (MSR)
- meter TFT 6.5-inci
- USB Type-C
- tangki 14L
GALERI: BMW F 450 R 2027




















