
BMW TAWAR RM 3 JUTA UNTUK STAF BERHENTI
Dalam usaha untuk mengurangkan sebanyak 8000 kakitangan menjelang penghujung tahun 2027, BMW telah menawarkan “golden handshake” kepada pekerja mereka yang layak dengan bayaran sehingga mencecah RM 3 juta bergantung pada kelayakan mereka.
Namun sambutan luar biasa terhadap inisiatif yang dibuat oleh BMW menyebabkan laman sesawang yang menguruskan pakej pemberhentian dan pampasan pekerja menjadi tidak boleh diakses selepas tawaran tersebut dibuat secara rasmi
Tawaran ini dibuat minggu lepas oleh BMW melalui email yang dihantar kepada ribuan pekerja yang disasarkan dimana setiap pekerja akan ditawarkan untuk berhenti dan diberi pampasan sehingga 6 angka dalam matawang Jerman.
Namun nilai tawaran ini bergantung kepada umur pekerja, tempoh perkhidamatan mereka dengan BMW dan juga gaji semasa. Mereka boleh memilih untuk menerima wang secara lump sump, ansuran bulanan melalui akaun gaji, menerusi polisi insuran atau mana mana gabungan instrumen pembayaran yang dipersetujui
Untuk pekerja yang meninggalkan syarikat pada 31 Mac 2027 akan menerima bonus tambahan “turbo bonus”. Tetapi untuk pekerja yang memilih untuk berhenti pada 31 Oktober 2027 tidak akan menerima bonus tersebut
Pada masa sama mana-mana pekerja yang telah berusia 55 tahun pada 31 Oktober berpeluang untuk mengakses program pencen BMW. Malah mana mana pegawai eksekutif peringkat tinggi juga boleh memilih membeli kereta syarikat BMW yang digunakan oleh mereka sekarang.
Salah satu faktor yang mendorong inisiatif ini adalah usaha BMW untuk mengurangkan kos pembuatan yang merangkumi gaji pekerja yang tinggi. CEO BMW Milan Nedelkovic menyatakan komitmen BBMW menjimatkan kos gaji sebanyak USD 1.12 billion bermula dari tahun 2028








