Buletin

BMW M4 GTS

Model konsep BMW M4 GTS pertama kali didedahkan kepada umum di Pebble Beach, California pada Monterey Car Week. Baru-baru ini Malaysia bertuah kerana BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) menerbangkan model berkenaan ke Litar Sepang Antarabangsa khusus untuk acara BMW M Track Experience Malaysia 2015.

BMW-M4-GTS- Concept - Mekanika (7)

Menurut BMW Malaysia, pra-tonton berkenaan adalah kali kedua dipamerkan kepada umum selepas Pebble Beach.

Jika dilihat luaran M4 GTS tampil lebih agresif menerusi pembahagi (splitter) di hadapan dan spoiler yang besar di belakang dengan kemasan karbon fiber. Malah warna badan menggunakan cat istimewa Frozen Dark Grey Metalik dan Acid Orange memberikan imej lebih garang pada model berkenaan. Model tersebut juga didatangkan dengan rim aloi “demonic” 666 M berukuran 19 inci di depan dan 20 inci di belakang dengan warna oren.

BMW-M4-GTS- Concept - Mekanika (3)

Lebih menarik, model prestasi berkenaan didatangkan dengan enjin yang menggunakan suntikan air sama seperti model M4 MotoGP Safety Car. Teknologi suntikan air dari intake manifold ini akan menyejukkan udara yang masuk ke ruang pembakaran sehingga ratio mampatan terakhir dapat ditingkatkan dan mampu menaikkan tekanan pengecas turbo.

Bagaimanapun, BMW tidak memberikan angka rasmi mengenai pertambahan kuasa daripada enjin 3.0 liter twin turbo 6 silinder  tersebut. Ramalan yang diberikan menyatakan peningkatan kuasa sekitar 8 peratus berbanding standard. Namun, khabar angin mengatakan ia mampu mencapai 500hp dengan mudah.

BMW-M4-GTS- Concept - Mekanika (5)

Teknologi seterusnya yang pasti menarik perhatian adalah penggunaan lampu organik light-emitting diodes (OLED) di bahagian belakang. BMW menggunakan lampu jenis OLED kerana keupayaannya memberikan biasan cahaya lebih rata di semua permukaan secara seragam. Ia berbeza dengan LED yang hanya menyebarkan cahaya di satu titik.

Jika diperhatikan secara terperinci, lampu belakang model konsep berkenaan kelihatan seakan bentuk tangga. Cukup unik.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button