Buletin

NISSAN NP300 NAVARA

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan ketibaan Nissan NP300 Navara serba baharu ke pasaran Malaysia pada November hadapan.

Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika-17

Nissan NP300 Navara dijana oleh enjin 2.5 liter Diesel YD25 yang telah ditambah baik. Ia mampu menawarkan kuasa maksimum 190 PS dan tork 450Nm @ 2,000rpm, menjadikannya trak pikap paling berkuasa dalam segmennya.

Dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan bersama mode manual (pertama dalam kelasnya) menjadikan NP300 Navara sebagai peneraju lebih kuasa, pecutan yang lebih lancar serta menjimatkan bahan api.

Sebagai trak pikap buatan Jepun pertama di Malaysia yang dilengkapi suspensi belakang jenis Multi-Link, NP300 Navara benar-benar mendefinisikan semula aspek pemanduan yang selesa.

Sistem suspensi serba baharu yang tahan lasak ini dapat meningkatkan keseronokan pemanduan dan pengendalian lebih lancar dan stabil yang membawa tahap keselesaan seperti SUV walaupun dengan beban penuh.

Dari arah hadapan, DNA reka bentuk Nissan cukup menonjol.  Lampu Utama LED yang lengkap dengan Lampu Nyalaan Siang (DRL) berbentuk ‘boomerang’ Nissan pertama dalam kelasnya, melengkapkan gril signatur ‘V-motion’ Nissan serta menyerlahkan aspek estatiknya. Di bahagian belakang, spoiler baharu menunjukkan sifat sporty NP300 Navara.

Keselesaan adalah sangat penting untuk trak pikap sebenar. Jadi, NP300 Navara mengaplikasikan tempat duduk yang diinspirasikan daripada Graviti Sifar (Zero Gravity Inspired Seats) seperti model-model premium Nissan lain. Tempat duduk ini memberi sokongan pada tulang belakang pemandu dan penumpang hadapan. Manakala pendingin hawa dua zon dan corong udara di bahagian belakang pula memberikan penyejukan kabin yang optimum.

Maklumat lanjut, layari: www.np300navara.com.my  dan mendaftar bagi mendapatkan satu jemputan pandu uji eksklusif.

Rakyat Malaysia yang ingin melihat trak pikap ini dengan lebih dekat dijemput untuk mengunjungi Siri Jelajah Nissan yang diadakan di seluruh negara bermula 15 Oktober 2015. Berikut senarai Siri Jelajah Nissan:-

Nissan-NP300-Navara-Mekanika

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button