
BMW PANGGIL SEMULA MODEL 7 SERIES – MASALAH PINTU TERBUKA SECARA TIBA-TIBA
Lembaga Keselamatan Persekutuan Amerika Syarikat telah mengarahkan BMW memanggil semula model BMW 7 Series untuk pemeriksaan modul pintu yang dikatakan boleh terbuka secara tiba-tiba. Ia adalah berdasarkan hasil siasatan dalaman lembaga penyiasat ini.
Itu adalah Amerika, negara yang sangat menjaga hak pengguna. Sudahlah keretanya murah, hak penggunanya memang nombor satu dalam dunia.
Dikatakan unit memerlukan pemeriksaan semula dan ini melibatkan hampir semua rangkaian model yang dikeluarkan pada 2005 hingga 2008. Model yang dikenalpasti ialah 745i, 745Li, 750i, 750Li, 760i, 760Li, dan B7 Alpina.
Kesemua model ini dilengkapi dengan fungsi pintu “comfort access” dan “soft close option“. Tidak seperti Proton Tiara Abang Japar yang memerlukan kekuatan enam lelaki dewasa untuk menutupnya, pintu 7 series ini dilengkapi mekanisme vakum. Tutup sikit dan kemudian pintu ini “menyedut” sendiri ke bahagian kekuncinya sehingga tertutup.
Masalahnya sekarang, ia boleh terbuka secara tiba-tiba dan biasanya terjadi bergantung pada keadaan permukaan jalan dan berkemungkinan daripada sentuhan manusia.
BACA: INI MUNGKIN RUPA PIKAP BMW