BuletinMotosikal

BOON SIEW HONDA AKAN LANCAR CRF250L DAN CRF250 RALLY OGOS INI. BERMULA RM23K

Bertempat di Litar Antarabangsa Sepang semalam, Boon Siew Honda mempamerkan model CRF250L dan CRF250 RALLY kepada pihak media.

Dimaklumkan bahawa motosikal ini akan dilancarkan pada bulan Ogos nanti dengan harga jangkaan bermula RM23,000 untuk model CRF250L dan RM27,000 untuk model CRF250 RALLY.

Secara asasnya, kedua-duanya adalah model yang sama dengan beberapa perbezaan konsep. CRF250L ialah model asas seperti sebuah adventur offroad sementara CRF250 RALLY lebih kepada mirip jentera Rali Dakar dan keduanya dikemaskan dengan livery Honda HRC.

BACA: BOON SIEW LANCAR HONDA CBR250R 2017

CRF250 RALLY datang dengan gaya yang lebih “Dakar”. Ia dipasangkan dengan penghadang angin hadapan hyang lebih tinggi, penghadang lumpur untuk enjin dan radiator dan tak lampu hadapan dengan LED. Sekali imbas, model ini meminjam DNA CRF450 Rally Dakar dengan versi lebih kecil.

Kedua-duanya dipasangkan dengan enjin 250CC sejukan cecair yang menghasilkan 24 kuasa kuda @ 8,500rpm dan 22.6Nm tork pada 6,750rpm. Tangki 10.1 liter (termasuk 1.6 liter simpanan) pada model ini didakwa mampu mencatat sehingga 321km perjalanan.

GALERI

 

Google ads
Back to top button