Advertisements
Motosikal

YAMAHA RW700, RW350 SAH MASUK MALAYSIA 2027

Baru-baru ini Yamaha antara yang menjadi tumpuan di pameran motosikal terbesar dunia, EICMA 2026 menerusi pelancaran dua skuter adventure, RW700 dan RW350. 

Kami turut berpeluang untuk menyaksikan kedua-dua model serba baharu itu dengan lebih dekat di EICMA. 

Terbaru, kami difahamkan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akan turut membawa kedua-dua model ke pasaran tempatan tahun depan seperti yang dilaporkan Paultan.org. 

Senario itu pastinya merancakkan segmen skuter adventure di Malaysia yang ketika ini didominasi model Honda X-ADV 750. 

Atas kertas, RW700 dikuasakan enjin ikonik CP2 yang sama terdapat pada Tenere 700 dan menghasilkan 68.3hp pada 8,250rpm dan 65Nm pada 6,750rpm. Enjin ini dipadankan bersama transmisi Yamaha Y-AMT (Yamaha Automated Manual Transmission) enam kelajuan. 

Sementara itu, RW350 pula dikuasakan unit 327cc satu silinder serba baharu yang berupaya menjana 28.8hp pada 7,000rpm dan 31.5Nm pada 5,750rpm. Enjin tersebut dipautkan kepada kerangka tubular steel dengan hanya transmisi CVT dipadankan pada swingarm. 

Untuk rekod, segmen skuter adventure adalah segmen baharu bagi Yamaha dan pelancaran kedua-dua model ini menandakan misi baharu jenama Jepun itu untuk terus bergerak selaras dengan permintaan semasa. 

Google ads
Back to top button