
EICMA2026: KYMCO CV-X45 DIRASMIKAN DI MILAN – 34.4HP, 40NM
Gergasi motosikal Taiwan, KYMCO dengan rasminya memperkenalkan skuter adventure CV-X45 di EICMA 2026, baru-baru ini.
Meskipun ada yang mendakwa jenama motosikal Taiwan itu meniru reka bentuk Yamaha RW 700 namun hakikatnya KYMCO telah pun mempamerkan model prototaip beberapa tahun lebih awal.

Menggerakan CV-X45 adalah enjin satu silinder 427cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 34.4hp dan 40Nm pada 5,000rpm. Enjin ini turut menerapkan dual balancer yang bertungsi menyerap getaran enjin sekaligus memastikan aliran kuasa kekal lancar.
Skuter ini turut menawarkan fungsi ride-by-wire sekaligus menawarkan tiga mod tunggangan, Rain, Power dan Off-Road. Dalam mod Off-Road, ABS tayar belakang boleh dipadamkan.
Sementara itu, bahagian casis pula terdiri dari fork terbalik di hadapan dan monoshock di belakang dengan sistem multi-link. Kedua-duanya menawarkan jarak gerak 150mm.

Seperti SYM ADXTG 400, CV-X45 ini juga menggunakan transmisi automatik CVT namun pacuan akhir menggunakan rantai berbanding tali sawat.
Menurut KYMCO, berat CV-X45 ini adalah 210kg dengan tangki 13.5L diisi penuh sementara ketinggian tempat duduk adalah 800mm. Antara kelengkapan standard ditawarkan termasuk meter TFT, traction control, cruise control, grip pemasan dan USB Type-C.
Dalam pada itu, ruang barangan di bawah tempat duduk boleh memuatkan sebuah helmet bersaiz penuh termasuk helmet adventure.
GALERI: KYMCO CV-X45 2027














