Buletin

BOSCH ICC – TEKNOLOGI INFORMATIF MOTOSIKAL MASA HADAPAN

Perkembangan teknologi telah mengubah kenderaan moden menjadi lebih selamat. Tidak dinafikan, ciri-ciri yang ditambahbaik oleh pengeluar membolehkan angka kematian dan jumlah kemalangan dikurang setiap tahun.

Namun, itu banyak berlaku pada industri empat roda, bagi motosikal, tidak banyak syarikat yang melabur untuk membangunkan teknologi yang memudahkan penunggang. Apatah lagi dengan persaingan yang semakin sengit, menghasilkan teknologi keselamatan adalah sangat mahal jika anda adalah syarikat persendirian, namun bagi firma teknologi terbesar seperti Bosch, mereka terus cuba untuk menghasilkan produk yang berguna untuk semua.

Penyelesaian kepada penunggang motosikal dari aspek keselesaan dan keselamatan dibuat menerusi satu lagi inovasi yang dikenali dengan Integrated Connectivity Cluster (ICC). Ia merupakan paparan sistem informasi khusus untuk penunggang motosikal.

ICC  mempunyai unit paparan pelbagai saiz dan resolusi hasil teknologi terkini. ‘MySpin for two wheelers’ adalah perisian khusus untuk kegunaan telefon pintar. Ia membolehkan  penunggang mendapatkan maklumat  situasi trafik dan perkongsian laluan sesama penunggang.

Ia juga merupakan penyelesaian kepada masalah keselesaan dan keselamatan di mana Bosch membenarkan integrasi sistem dari pengeluar untuk disesuaikan menerusi alat ini. Jika anda biasa melihat papan instrumentasi motosikal moden (seperti Ducati), teknologi ini sudah hampir kepada pengguna.

Sistem ini membolehkan penunggang mendapat akses kepada setiap maklumat yang diperlukan menerusi paparan digital. Kawalannya dibuat pada suis pada hendal sebelah kiri. Untuk lebih jelas, sila tonton video di bawah.

BACA: TEKNOLOGI INOVATIF HELMET ARAI

BACA: HELMET H.U.D OLEH KTM

 

Google ads
Back to top button