Buletin

SENARAI USP HONDA CITY FACELIFT YANG PERLU ANDA TAHU

Honda City facelift telahpun dilancarkan dengan jayanya pada Khamis minggu lalu. Sebagaimana yang anda tahu, City merupakan model penting dan terlaris yang ditawarkan oleh Honda Malaysia.

Honda City mula diperkenalkan ke ke pasaran tempatan pada April 2003 dengan pilihan enjin iDSI dan VTEC. Pada ketika itu, perkongsian pasarannya ialah sekitar 21 peratus.

Lima tahun kemudian, Honda Malaysia menawarkan pula City generasi ketiga. Dengan enjin i-VTEC dan rekaan menarik, perkongsian pasaran berjaya ditingkatkan kepada 22 peratus.

Momentum jualan City dilihat semakin memberangsangkan apabila City generasi keempat dilancarkan pada tahun 2014. Dengan lebih 100,000 unit sudah terjual, City berupaya menguasai pasaran sehingga 39 peratus. Sekali gus membantu Honda menjadi jenama nombor satu untuk segmen kenderaan bukan nasional.

Kini, City sudah memasuki fasa facelift. Pastinya, pelbagai ciri menarik diketengahkan demi menjadikannya pilihan utama pelanggan yang ingin membeli sebuah sedan segmen B. Honda Malaysia menyifatkan City sebagai sedan dengan saiz segmen D, dilengkapi ciri sedan segmen C dan ditawarkan pada harga segmen B.

Berbanding model sebelumnya, City kini hadir dalam tiga varian sahaja iaitu V, E dan S. Menurut Honda Malaysia, langkah itu diambil selepas mendapat maklum balas daripada pengguna dan memahami kondisi pasaran yang mahukan lebih banyak ciri premium serta standard untuk semua varian.

Hasilnya, sebuah City yang lengkap dan sukar untuk diketepikan. Bagi memudahkan pemahaman, saya senaraikan setiap unique selling points (USP) yang ada pada City facelift ini mengikut varian di dalam jadual di bawah.

Lebih menarik lagi, biarpun dengan semua penambahbaikan ini, Honda Malaysia berjaya mengekalkan harga City seperti sebelumnya.

Varian S ditawarkan pada harga RM78,300 seunit, varian X (RM84,600) dan varian V berharga RM92,000. Semua harga itu adalah di atas jalan termasuk insurans dan GST. Honda City juga hadir bersama jaminan selama lima tahun serta perbatuan tanpa had.

Dengan semua penambahbaikan ini, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa City ialah sebuah sedan yang mampu menawarkan nilai terbaik untuk wang anda.

BACA: HONDA CITY FACELIFT DILANCARKAN – VARIAN S LEBIH MURAH, 1,000 UNIT SUDAH DITEMPAH

BACA: HONDA CITY HATCHBACK – UNTUK PASARAN CHINA SAHAJA

GALERI

Google ads
Back to top button