Buletin

7 PERKARA PENTING ELAK KEROSAKAN TERUK PADA KENDERAAN BERDEPAN BANJIR – BOSCH

Banjir besar yang melanda negara baru-baru ini mengejutkan Keluarga Malaysia apatah lagi ia membabitkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Bahkan, bencana banjir yang tidak diduga warga Lembah Klang telah mengakibatkan ribuan kenderaan berdepan kerosakan.

Justeru, bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia menyediakan tujuh tips penting apabila kenderaan-kenderaan berdepan musibah banjir: –

ELAK MEMANDU ATAU PARKIR DI KAWASAN RENDAH

  • Kawasan rendah atau tempat letak kenderaan bawah tanah tertentu boleh terdedah kepada banjir ketika hujan lebat.
  • Sebahagian atau keseluruhan kenderaan anda mungkin boleh tenggelam malah menyebabkan kerosakan teruk terutama pada enjin, sistem elektrik dan bahagian dalaman.

ELAK MEMANDU DI DALAM TEROWONG

  • Risiko terperangkap ketika berlaku banjir amat tinggi apabila memandu di dalam terowong bawah tanah.
  • Ia berikutan anda memandu di kawasan rendah di mana berlaku aliran air hujan.
  • Secara umum, elak memandu di kawasan risiko berlaku banjir.  

KEKAL KELAJUAN RENDAH

  • Sentiasa memantau keadaan atau persekitaran terlebih dahulu sekiranya perlu memandu meredah banjir.
  • Jika paras air di bawah separuh tayar kenderaan, pastikan mengharungi banjir berkenaan pada kelajuan perlahan menggunakan gear rendah.
  • Ia dapat membantu menghasilkan gelombang laluan kecil yang akan mengelak air di sekeliling membanjiri ruang enjin atau mengalir ke dalam saluran paip ekzos.

KESELAMATAN ANDA JADI KEUTAMAAN

  • Jika enjin berhenti dan terperangkap di dalam kenderaan, matikan enjin tersebut serta kumpul barang-barang.
  • Selepas mengambil Langkah-langkah berkenaan, tinggalkan kenderaan dengan kadar segera.
  • Jangan hidupkan enjin semula kerana ia akan mengakibatkan kerosakan lebih teruk.
  • Cari kawasan lebih tinggi dan tunggu sehingga pihak berkuasa datang menyelamat.

JANGAN HIDUPKAN KENDERAAN JIKA DITENGGELAMI AIR

  • Air kemungkinan besar telah memasuki ruang enjin, transmisi atau sistem bahan api selepas ditenggelami air.
  • Jangan hidupkan kenderaan kerana kemungkinan akan menambah kerosakan.
  • Segera dapatkan khidmat nasihat mekanik selepas air surut atau tunda kenderaan ke bengkel.

PUTUSKAN SAMBUNGAN BATERI KENDERAAN

  • Jangan biarkan kenderaan dalam mod aksesori dengan elektronik masih berfungsi apabila terperangkap dalam banjir.
  • Pastikan enjin dimatikan, cabut bateri kenderaan dan dapatkan bantuan daripada mekanik sebaik sahaja keadaan kembali normal.
  • Ia bagi memastikan bateri masih berfungsi secara optimum.

PERIKSA JIKA KENDERAAN DILINDUNGI INSURANS BANJIR

  • Kebanyakan penyedia insurans kenderaan menawarkan insurans banjir sebagai opsyen tambahan.
  • Dengan perubahan corak cuaca baru-baru ini, ia merupakan masa paling tepat untuk memilih opsyen tersebut apabila memperbaharui insurans.
  • Pastikan menghubungi syarikat-syarikat insurans untuk mengetahui lebih lanjut berhubung perlindungan banjir.

Untuk keterangan lanjut berhubung produk dan perkhidmatan Bosch, boleh mengunjungi Bosch Car Service atau bengkel-bengkel Bosch Preferred Workshops (https://bit.ly/MYDealers).

Google ads
Back to top button