Buletin

BUDAK 11 TAHUN DITANGKAP CUBA CURI DODGE HELLCAT

Kanak-kanak Gen Z dan Gen Alpha sangat menyukai Dodge Charger dan Challenger. Sesetengah kanak-kanak meminati sesuatu hingga mengambil pendekatan luar jangkaan. Baru-baru ini, media Fox 2 Detroit melaporkan bahawa tiga orang kanak-kanak cuba mencuri model Hellcat dari kilang Dodge.

Polis Detroit menangkap kanak-kanak berumur 11, 12, dan 14 tahun di tempat simpanan Dodge di Jefferson North. Mereka dikatakan cuba memecah masuk, serta mencuri Hellcat Charger dan Challenger bernilai di antara AS$80,000 (RM358,840.00) dan AS$90,000(RM403,695.00) yang disimpan di dalam lot.

Polis masih menyiasat sama ada kanak-kanak itu melakukannya sendiri atau bekerja untuk pihak lain. “Saya fikir seseorang yang lebih tua membawa anak-anak ini ke sini dan memberi arahan,” kata Ketua Unit Kecurian Kereta Komersial Detroit, Lt. Clive Stewart.

Apa yang menyedihkan adalah berita tersebut tidak begitu mengejutkan pihak berkuasa tempatan. Kawasan metro Detroit telah menyaksikan peningkatan dalam kes rampasan dan kecurian kereta.

Polis memberitahu kecurian di kawasan itu meningkat 40 peratus dan kerap kali melibatkan golongan kanak-kanak. Hujung minggu lalu, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditangkap lalu atas cubaan mencuri kereta. Dia merupakan pesalah berulang yang telah ditangkap polis atas kesalahan sama.

Google ads
Back to top button