Buletin

FORD BUANG 3,000 PEKERJA DI AMERIKA SYARIKAT, KANADA, INDIA

Ford mengesahkan kira-kira 3,000 orang kakitangannya bakal dihentikan pada minggu ini, melibatkan negara Amerika Syarikat, Kanada dan India.

Langkah ini bakal mengakibatkan kira-kira 2,000 pekerja bergaji terjejas, diikuti 1,000 jawatan agensi digugurkan sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula bagi menjadikan Ford lebih kompetitif di dalam pasaran automotif.

Menurut laporan Automotive News, surat pemberhentian pekerja itu dihantar sendiri oleh CEO Ford Jim Farley dan Pengerusi Eksekutif Bill Ford.

Langkah penstrukturan semula Ford+ yang dijalankan ini membolehkan syarikat Blue Oval itu membina sehingga 2 juta unit kenderaan elektrik setahun menjelang tahun 2026, dan dalam masa yang sama mengurangkan kos operasi syarikat sebanyak $3 billion.

Sama seperti kebanyakan pengeluar, Ford turut sama berusaha ke arah elektrifikasi model kenderaannya, di mana syarikat itu kini terbahagi kepada dua divisyen, iaitu Model E untuk kenderaan elektrik, dan divisyen Blue yang memfokuskan kepada kenderaan berenjin pembakaran dalaman.

Sumber: Automotive News

Google ads
Back to top button