Buletin

TOYOTA BEKALKAN KIT PERCUMA TANGANI MASALAH KECURIAN CAT-CON

Salah satu cara untuk mengurangkan pencemaran udara ialah dengan memasang catalytic converter dalam sistem ekzos. Cat-con akan menukarkan gas yang berbahaya seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida kepada sebatian gas yang kurang bahaya

Namun kebanyakan sistem menggunakan logam bernilai disebabkan logam ini bersifat reaktif seperti platinum, palladium dan juga rhodium yang menjadikannya sasaran pencuri. Sebagai salah satu usaha mencegah kecurian, Toyota UK terpaksa membelanjakan sekitar RM 5.7 juta untuk melakukan proses penandaan pada catalytic converter

Proses penandaan ini dibuat oleh syarikat kontraktor iaitu Smartwater dengan kit yang diluluskan oleh pihak polis. Kit ini akan meletakkan tanda yang tidak boleh dilihat dengan mata namun boleh dikesan dengan peralatan khas. Servis penandaan ini akan diberikan pecuma pada semua kereta Toyota dan Lexus

Pencuri biasa menyasarkan kereta hibrid Toyota dan hibrid Lexus disebabkan catalytic converter pada model ini adalah yang terbaik dan sistem hibrid mengurangkan pencemaran pada cat-con menjadikan logamberharga berada dalam keadaan paling bagus

Google ads
Back to top button