Buletin

DELHI LUBUK PENCURI KENDERAAN DI INDIA. CATAT KECURIAN SETIAP 12 MINIT

Bandar raya Delhi menjadi lubuk kepada para pencuri kenderaan apabila mencatatkan kes kecurian kenderaan tertinggi di India.

Menurut data Biro Perangkaan Jenayah Kebangsaan (NCRB), setiap kenderaan dicuri dalam tempoh 12 minit di bandar terbabit pada tahun 2019.

Ia diikuti Bangalore yang mencatatkan kes kecurian kenderaan pada setiap 2 jam manakala Mumbai (setiap 4 jam).

Dalam laporan CNBCTV18, kenderaan seperti kereta dan beroda dua dicuri di Delhi melebihi telefon bimbit.

Melalui data Polis Delhi, terdapat sebanyak lebih 3 juta kenderaan dicuri di bandar terbabit antara tahun 2011 sehingga 2020.

Pada Mac tahun lalu, biarpun berdepan lockdown sebanyak 83 kenderaan dicuri setiap hari dan mencatat kira-kira 1,243 dalam tempoh 15 hari sahaja.

Sehingga 15 Jun tahun ini, Delhi mencatatkan sebanyak 15,667 kes kecurian kenderaan berbanding tahun lalu iaitu 13,130 kenderaan.

Ia tidak menunjukkan sebarang penurunan tetapi peningkatan lebih 1,000 kenderaan. – CNBCTV18/cartoq

Google ads
Back to top button