
KOENIGSEGG CC850 ADA 1366 KUASA KUDA DAN 9 GEAR MANUAL, TAPI HANYA 6 SAHAJA BOLEH GUNA
Koenigsegg telahpun mendedahkan hypercar terbaru keluaran mereka iaitu CC850 yang direka khusus untuk kseronokan pemanduan bukannya membuat rekod paling pantas dan paling laju di laluan lurus. CC850 direka bagi memberi penghormatan kepada supercar pertama buatan syarikat ini iaitu Koenigsegg CC8S.
CC850 dihasilkan berdasarkan model Koenigsegg Jesko namun enjin 5000cc V8 dipadankan dengan unit turbo yang lebih kecil bagi menghasilkan 1366 kuasa kuda dan 1355Nm tork dengan menggunakan bahan api E85 biofuel. Koenigsegg Jesko pula menghasilkan 1587 kuasa kuda dengan unit turbo yang lebih besar.
Walaupun kuasa yang dihasilkan adalah lebuh rendah, tapi kesemua kuasa akan dihantar ke roda belakang dengan menggunakan transmisi manual 9 kelajuan. Jika dibandingkan dengan Koenigsegg CC8S 20 tahun dulu, ia hanya menjana sekitar 646 kuasa kuda sahaja.

Christian Von Koenigsegg mengatakan rekaan unit transmisi manual pada CC850 adalah sangat unit. Ia masih menggunakan tombol gear manual dan juga pedal klac sama seperti kereta manual lain tapi sebenarnya ia tidak bersambung secara fizikal. Ia merupakan transmisi manual yang beroperasi dengan teknologi shift-by-wire.
Christian Von Koenigsegg menamakan rekaan ini sebagai Light Speed Transmission dengan 9 ratio ke depan dan pemandu boleh mengawal 6 ratio ini dengan menggunakan tombol gear. Jika pemandu rasa malas nak menggunakan gear, ubah saja ke mode automatik dan sistem komputer akan mengawal 9 gear automatik ini
Semua sistem gear ini akan beroperasi secara hidraulik, sangat ringan iaitu hanya sekitar 90kg sahaja dan sama saiz seperti transmisi 6 kelajuan manal kereta biasa. Ia menggunakan gabungan 3 set gear dengan setiap set datang dengan 3 gear. Jadi 3×3, 9 ratio disediakan untuk digunakan. Magiknya ia tiada flywheel dan set klac

Tapi ratio ini akan beroperasi mengikut mode pemanduan yang dipilih samaada Track, Normal atau Comfort. Jadi ratio yang agresif akan digunakan untuk Track, manakala ratio yang santai akan digunakan semasa mode Comfort
Secara teori, CC850 masih mengekalkan konsep CC8S yang asal iaitu datang dengan rekaan ringkas minimalistic tapi diperkemaskan dengan teknologi terkini dan termaju. Sebagai contoh lampu depan dan lampu belakang digantikan dengan lampu LED yang direka kemas dan lebih menarik berbanding dengan model CC8S


