Buletin

BUDI95 E-HAILING DITINGKAT 800 LITER SEBULAN

Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan had kelayakan Budi5 bagi pemandu e-hailing yang layak kepada sehingga 800 liter sebulan tertakluk syarat perjalanan ditetapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut bersetuju supaya teksi lapangan terbang turut disenaraikan sebagai kenderaan yang layak menerima petrol RON95 bersubsidi di bawah Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).

“Kerajaan akan terus memantau corak penggunaan dan membuat penilaian semula dari semasa ke semasa bagi memperkukuh pelaksanaan dasar penyasaran subsidi RON95.

“Tindakan penguatkuasaan juga akan diambil atas mana-mana pihak yang menyalahgunakan subsidi RON95,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Anwar berkata, untuk bulan Oktober, kerajaan telah menyediakan had kelayakan tambahan untuk pemandu e-hailing aktif dengan menaikkan had kelayakan daripada 300 liter kepada 600 liter.

Katanya, setakat ini, seramai 58,000 pemandu e-hailing layak menerima sehingga 600 liter sebulan. – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button