Motosikal

KAWASAKI NINJA ZX-10R 2026 DIUMUMKAN – KINI DENGAN WINGLET, 204HP

Kawasaki membuka tirai EICMA 2025 dengan pelancaran Kawasaki Ninja ZX-10R generasi terbaru.

Bagi tahun 2026, ZX-10R tampil dengan reka bentuk lebih aerodinamik dan agresif, casis yang dinaik taraf dan pakej elektronik yang lebih canggih. 

Enjin

Ninja ZX-10R terus dikuasakan enjin empat silinder 998cc yang berupaya menjana 204hp. 

Namun begitu, Kawasaki menaik taraf sistem penyejuk enjin dengan gabungan sistem penyejukan cecair dan udara bagi memastikan prestasi enjin kekal optimum ketika tunggangan berintensiti tinggi. 

Kawasaki juga mengurangkan geseran enjin dengan menaik taraf intake port, valves dan camshaft sekaligus menyumbang kepada respon throttle yang lebih baik. Menariknya, nisbah gear bagi tiga gear pertama juga dipertingkat agar aliran kuasa lebih cepat terutamanya ketika keluar selekoh. 

Casis dan suspensi

Antara naik taraf utama adalah casis yang telah dipertingkat dan menawarkan cengkaman lebih baik bagi tayar belakang terutamanya di selekoh. Menariknya, kerangka tersebut turut dipertingkat bagi memuatkan winglet yang menyumbang kepada peningkatan aerodinamik sebanyak 25 peratus. 

Pakej suspensi pula terdiri dari Showa Balance Front Fork (BFF) yang dibangunkan di WorldSBK dan penyerap hentak Balance Free Rear Cushion (BFRC lite) di belakang. Kawasaki turut menaik taraf bahagian brek dengan brek radial monobloc Brembo M50 dengan cakera brek 330mm depan. 

Swingarm pivot juga dinaikkan sebanyak 2mm bagi menyumbang kepada cengkaman belakang yang lebih baik sekaligus meningkatkan kawalan yang lebih tepat terutamanya ketika melalui selekoh dengan agresif. 

Elektronik

Tahun 2026 menyaksikan Ninja ZX-10R dimuatkan dengan pelbagai ciri elektronik terbaru termasuk 6-axis IMU dari Bosch yang membekalkan Sport-Kawasaki Traction Control (S-KTRC), Kawasaki Cornering Management Function (KCMF), Kawasaki Launch Control (KLCM), Kawasaki Intelligent Anti-lock Braking System (KIBS), Kawasaki Engine Brake Control (KEBC), Electronic Cruise Control, Riding Mode serta bi-directional quickshifter. 

Panel meter pula dikemas kini dengan paparan TFT berwarna 5-inci baharu dan boleh disambungkan kepada peranti pintar menerusi aplikasi Rideology. 

Reka bentuk 

Rupa keseluruhan Ninja ZX-10R juga menerima kemas kini signifikan terutamanya di bahagian hadapan yang menempatkan lampu dan panel hadapan baharu. 

Rupa bentuk lampu lebih kompak dan menempatkan lampu projektor dan reflektor LED yang berada di bawah corong Ram-Air yang telah direka semula. Kehadiran winglet di bahagian juga mewujudkan rupa yang lebih agresif.

Ergonomik juga berbeza dengan bahagian handlebar dan footpeg diposisikan agar menghasilkan gaya tunggangan yang lebih agresif dan mengurangkan drag terutamanya ketika di litar lumba. 

Bagi yang mahukan prestasi lebih optimum, Kawasaki turut mengumumkan Ninja ZX-10RR yang terhad kepada 500 unit sahaja. Model ini menerima piston dan connecting rod titanium dari Pankl, tiub fork dengan salutan titanium, tetapan suspensi untuk perlumbaan dan tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP V3. 

GALERI: KAWASAKI NINJA ZX-10R 2026

Google ads
Back to top button