Buletin

DI MANA PUSAT PAMERAN LAMBO TERBESAR DI DUNIA? BUKAN ITALI, BUKAN EROPAH. TAPI DI DUBAI

Bagi sebuah pembuat sportcar mewah tiada yang lebih penting selain memiliki rangkaian pengedaran yang efisyen. Maksudnya, kereta eksotik perlukan sebuah pusat pameran yang cukup lengkap untuk “dipersembahkan” kepada bakal pelanggan mereka. Seperti yang diketahui, pelanggan-pelanggan negara kaya Arab adalah sasaran pembuat kereta Itali itu dan terbaru mereka membuka pusat pameran mereka di sana.

BACA: LAMBORGHINI WIDE BODY LIBERTY WALK

BACA: ULTRA RARE VENENO COUPE, 4 BUAH SAHAJA

Lebih tepat, Lamborghini Automobil membuka pusat pameran terbesar di dunia di Dubai. Negara yang minyaknya lebih murah dari air mineral dan jualan supercar seperti Myvi, Ia adalah tindakan yang tepat untuk mengukuhkan lagi pasaran kereta sport mewah tersebut di wilayah ini.

Ia adalah pusat pameran ke 12 untuk kawasan benua Timur Tengah yang dibuka dan kali ini ia dibuka dengan ruang pameran 1,800 meter yang melibatkan tiga tingkat berbeza. Dengan pusat pameran seluas satu petiga padang bolasepak di lokasi Jalan Sheik Zayed, ia dijangka sibuk menjelang kehadiran model SUV mereka tahun hadapan, Lamborghini Urus.

Walaupun dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, Lamborghini antara syarikat yang membuat untung besar bagi pasaran kereta sport. Tahun lalu, Automobili Lamborghini mencatat jualan paling tinggi dalam sejarah – 3,457 buah berjaya diserahkan kepada pembelinya.

Tiga ribu pun kecoh? Ya. Bukan sahaja mereka boleh berbangga dengan pencapaian sejak ditubuhkan, ironinya Lamborghini hanya menjual dua model sahaja, Huracan dan Aventador. Ia adalah peningkatan 7 peratus berbanding prestasi jualan tahun 2015.

 

 

Google ads
Back to top button