Artikel Pilihan

LAMBORGHINI AMBIL MASA 27 TAHUN UNTUK CATAT REKOD 0 KE 200 MPH – INGAT SENANG KE NAK CIPTA SEJARAH

Kelajuan maksima kereta moden memang sangat tinggi dan jauh berbeza dengan kereta zaman datuk nenek kita dahulu. Kini kelajuan maksima kereta melebihi 200 kmj dan 300 kmj adalah perkara biasa. Bahkan ada yang mampu memecut melebihi 400 kmj. Satu ketika dulu bukan senang dah cecah 200 bsj tau (bersamaan dengan 321 kmj).

200 mph atau pun batu sejam merupakna angka yang diidamkan kebanyakan pengeluar kenderaan dan ia akhirnya berjaya dicapai oleh Lamborghini selepas 27 tahun!

Rasanya semua kaki automotif dah tahu macam mana Lamborghini muncul selepas dilayan dengan angkuh oleh Ferrari. Satu demi satu model Lamborghini muncul dan hampir kesemuanya menjadi kereta paling laju di dunia pada zaman itu.

Bermula dengan 350 GT dan diikuti oleh 400 GT. 400 GT kemudian digantikan oleh Miura dengan catatan kelajuan maksima 174 bsj pada tahun 1966. Sikit lagi nak cecah 200 bsj.

Lamborghini Countach muncul pada tahun 1971 dan merupakan model terakhir yang menerima sentuhan langsung Ferruccio Lamborghini. Lamborghini kemudian bergelut dengan masalah kewangan sehingga terpaksa dijual kepada ahli perniagaan dari Switzerland. Countach bagaimana pun kekal sebagai kereta produksi paling laju di dunia ketika itu walaupun syarikat berdepan masalah.

Countach keluaran tahun 1985 mencipta rekod dengan kelajuan maksima 183 bsj. Catatan itu bagaimana pun dipadamkan oleh Porsche untuk seketika dengan model isitimewa mereka, 959 dengan catatan 197 bsj!

Pemilikan Lamborghini sekali lagi bertukar tangan dan kali ini kepada Chrysler dari Amerika Syarikat. Semasa bersama pemilik baharu inilah Lamborghini muncul dengan model halo mereka, Diablo.

Kemunculan Diablo nyata memberi tamparan hebat kepada Porsche 959 dengan catatan rekod kelajuan baharu melepasi sempadan 200 bsj. Rekod kelajuan baharu yang dicatatkan oleh Diablo ialah 202 bsj (bersamaan dengan 325 kmj!).

Abang pernah pandu Diablo sampai cecah 325 kmj pada tahun 1995 dulu tau. Masa tu abang pakai PC dengan pemproses Pentium 166 MMX. Best nak mati bila dapat pandu Diablo dalam game Need For Speed SE.

Google ads
Back to top button