Artikel PilihanMotosikal

MEMORI JENTERA MOTOGP – GP500 2 LEJANG

Sudah lebih sepuluh tahun berlalu sejak motosikal 2-lejang 500cc MotoGPP digantikan dengan jentera 4-lejang seperti yang dapat kita saksikan hari ini. Apa kata kita imbas kembali sejarah asal usul jentera perlumbaan motosikal terhebat di dunia.

BACA: KENAPA WINGLET PADA MOTOGP DIHARAMKAN?

BACA: MOTOR 2 LEJANG KINI DI PENGHUJUNG HAYAT

Motosikal lumba 2-lejang 500cc ini telah mendominasi dunia perlumbaan motosikal selama hampir tiga dekad. Ia merupakan sebuah jentera yang cukup liar dan ganas, boleh membunuh jika salah cara ia ditunggang dan bukan semua pelumba boleh mengawalnya dengan baik. Motosikal 500cc ini merupakan sebuah jentera yang paling hebat di atas litar di seluruh dunia.

Jumlah angka 500cc mungkin cukup kecil jika dibandingkan dengan motosikal-motosikal moden yang ada di pasaran pada masa kini tetapi ia mempunyai kelajuan dan pecutan yang sangat pantas. Pada penghujung tiga dekad perlumbaan GP motosikal, Honda berjaya menghasilkan motosikal dengan berat cuma 130 kilogram tetapi mamu menghasilkan 200bhp kuasa maksima.

Valentino Rossi memenangi perlumbaan terakhir kejuaraan dunia 500cc pada tahun 2001 dengan motosikal Honda yang cuma menghasilkan 168bhp kuasa maksima tetapi mampu memecut dengan kelajuan maksima melebihi 300 kilometer sejam. Angka 200bhp dianggap terlalu tinggi walaupun untuk pelumba sehebat Rossi.

ASAL USUL 2 LEJANG

Asal-usul enjin ini sebenarnya bukanlah di litar perlumbaan sebenarnya, tetapi di sebuah lokasi sulit tapak ujian roket Jerman sewaktu Perang Dunia Kedua di sebuah tempat yang dinamakan Peenemunde, Jerman. Di lokasi inilah seorang jurutera berbakat bernama Walter Kaaden mempelajari bagaimana molekul-molekul gas bertindak di bawah tekanan yang tinggi dan perubahan suhu.

Selepas peperangan, Kaaden dilantik menjadi ketua jurutera di kilang MZ Jerman Timur dan memberikan asas kepada penciptaan enjin dua lejang sehingga ke hari ini.

Sehinggalah tahun 70-an, enjin motosikal 4 lejang selalui mendominasi perlumbaan kelas 500cc kerana dikatakan sesuatu yang mustahil untuk menghasilkan enjin 2 lejang yang boleh diharap dalam perlumbaan 500cc. Lelaki yang bertanggungjawab mengubah persepsi tersebut selama-lamanya ialah Barry Sheen dengan bantuan pembuat kerangka British, Colin Seeley.

Ayah Barry, Franco mendapatkan sebuah Suzuki TR500 keluaran kilang dan membawanya kepada Seeley untuk menghasilkan sebuah motosikal yang boleh dikawal sebaik motosikal keluaran lama seperti Matchless dan Norton. Ia bertujuan untuk mencabar motosikal 2-lejang Kawasaki yang mula muncul dalam perlumbaan GP.

Seeley berjaya dan Barry berjaya mengawal motosikal tersebut dengan baik seperti beliau menunggang dalam kelas 125cc yang telah menjulang nama beliau.

Pada peringkat awal, enjin terbaik ketika itu mampu menghasilkan sekitar 70bhp kuasa maksima sahaja. Malah ia juga merupakan enjin kegunaan biasa dan bukannya dihasilkan khusus untuk perlumbaan.

Suzuki juga kemudiannya ditewaskan oleh Yamaha yang berjaya menggunakan pengalaman mereka dalam penghasilan model enjin 2-silinder 250cc untuk menghasilkan enjin 4-silinder 500cc. Ia juga merupakan motosikal yang bertanggungjawab membantu Giacomo Agostini memenangi semua siri kejuaraan beliau sehinggalah tahun 1975. Ramai menyangkakan enjin baharu ini merupakan hasil cantuman dua buah enjin 250cc tetapi sebenarnya ia sebuah enjin baharu yang dihasilkan berdasarkan pengalaman Yamaha mengeluarkan enjin 250cc 2-silinder.

SUZUKI RG500

Suzuki kemudiannya menghasilkan enjin 500cc 2-lejang baharu mereka untuk model RG500 dan membantu Sheene mendapat kejuaraan dunia sebanyak dua kali iaitu tahun 1976 dan 1977. Pada masa tersebut juga motosikal 500cc 2-lejang ini sudah mampu menghasilkan 100bhp kuasa kuda. Kelajuan maksima juga sudah hampir mencecah 300 kilometer sejam.

Yamaha mula menghasilkan model baharu 500cc dan membantu Kenny Roberts memenangi kejuaraan dunia sebanyak tiga kali. Enjin 500cc kini juga sudah mampu menghasilkan 130 bhp kuasa maksima.

Pada zaman kemuncak enjin 2-lejang, Honda masih kekal dengan imej sebagai pengeluar enjin 4-lejang dan menghasilkan model-model tercanggih ketika itu tetapi masih gagal menyaingi kehebatan jentera-jentera 2-lejang Suzuki dan Yamaha. Hanya dalam tahun 1982 baharulah Honda menghasilkan enjin 500cc 2-lejang dan berjaya membawa Freddie Spencer merangkul 2 kali kejuaraan dunia.

LAGENDA MICK DOOHAN

Suzuki terus mengganas dengan dibantu kehebatan Kevin Schwantz menunggang  RGV500 dan merebut kejuaraan tahun 1993, tetapi selepas itu Honda mula menguasai perlumbaan 5 tahun berturut dengan bantuan pelumba hebat Australia, Mick Doohan.

Bagi ramai peminat MotoGP, kejayaan Doohan merupakan kemuncak kehebatan jentera 500cc yang cukup ganas dan agresif. Ia mampu mengoyakkan getah tayar jika ditunggang dengan menggila.

Suzuki masih mampu mencatat kemenangan sekitar tahun 2000 dengan Kenny Roberts Junior sebagai penunggang. Kemudiannya muncullah Valentino Rossi yang menakluk kelas demi kelas dari 125cc, 250cc sehinggalah ke 500cc.

Rossi terus bersatu mencipta kejuaraan dengan jentera 500cc 2-lejang sehinggalah jentera 4-lejang baharu diperkenalkan dalam tahun 2002 dan kelas 500cc dikenali dengan nama MotoGP. Tanyalah mana-mana pelumba sekalipun nescaya mereka akan mengatakan yang jentera 500cc 2-lejang merupakan jentera perlumbaan motosikal paling ganas di dunia.

BACA: 10 PELUMBA MOTOGP TERHEBAT

BACA: PROTON KR3, LAGENDA MOTOGP TEMPATAN

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button