Buletin

PEUGEOT 308 THP ACTIVE LEBIH MURAH

Nasim Sdn. Bhd., pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia memperkenalkan model 308 THP Active pada harga RM120,888 seunit.

peugeot-308-thp Active - mekanika (3)

Ditawarkan pada harga lebih rendah, tentunya Peugeot 308 THP Active tampil dengan beberapa perubahan.

Model berkenaan didatangkan dengan lampu hadapan projektor halogen berbanding lampu LED pada 308 THP. Namun begitu, lampu berkenaan masih ditawarkan dengan fungsi pelarasan automatik.

peugeot-308-thp Active - mekanika (5)

Pada bahagian roda, model berkenaan ditawarkan dengan saiz rim 17 inci berbanding 18 inci. Model 308 THP Active juga tidak dilengkapi dengan sistem keyless entry.

Pada bahagian kabin, Peugeot i-Cockpit dikekalkan. Pada bahagian konsol tengah tersedia skrin sentuh 9.7 inci HD pelbagai fungsi.

peugeot-308-thp Active - mekanika (2)

Bahagian bampar menerima modifikasi bagi menempatkan lampu nyalaan siang hari (DRL) LED yang dibentuk semula bersama lampu kabus. Sensor bahagian hadapan juga tidak ditawarkan pada model ini. Tetapi sensor belakang masih dikekalkan tanpa paparan kamera undur.

Namun begitu, lampu belakang LED dikekalkan dengan rekaan signatur kuku singa Peugeot.

peugeot-308-thp Active - mekanika (1)

Model berkenaan tidak lagi didatangkan dengan kerusi Alcantara sport. Sebaliknya, pihak Nasim menawarkan material fabrik Metax untuk membalut tempat duduk. Bumbung panorama juga tidak ditawarkan pada 308 THP Active.

Selain itu, bahagin kabin masih dilengkapi kawalan pendingin hawa dua zon automatik, brek parking elektrik dan sistem hiburan Arkamys dengan enam unit pembesar suara.

peugeot-308-thp Active - mekanika (6)

Menyentuh tentang aspek mekanikal, 308 THP Active dijana enjin sama iaitu 1.6 liter pengecas turbo. Ia mampu menghasilkan kuasa 152PS dan tork setinggi 240Nm. Penghantaran kuasa ke roda dibantu oleh transmisi automatik 6-kelajuan.

Peugeot 308 THP dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti enam beg udara,  Electronic Stability Program (ESP), Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Emergency Brake Assist (EBA), Anti-Skid Regulation (ASR) dan Dynamic Stability Control (DSC).

Peugeot 308 THP Active ditawarkan dengan lima warna menarik iaitu kelabu, putih, hitam, merah dan coklat.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button