
CYCLE & CARRIAGE CHERAS KINI MENAWARKAN JENAMA PEUGEOT BERSAMA MERCEDES-BENZ
Cycle & Carriage (C&C) Cheras telah menjadi bilik pameran pertama C&C di Malaysia yang menampilkan jenama PEUGEOT, selain barisan kenderaan Mercedes-Benz sedia ada.
Pengembangan ini berikutan pengumuman kerjasama Cycle & Carriage bersama Stellantis Malaysia pada Ogos lalu, yang merupakan langkah penting dalam komitmen syarikat untuk menawarkan pelbagai kenderaan berkualiti kepada pelanggan.
Di Cycle & Carriage Cheras baharu, pelanggan akan disambut di ruang penerimaan berjenama C&C, manakala mereka yang berminat untuk meneroka jenama PEUGEOT boleh menuju ke tingkat satu.

Tingkat satu ini menawarkan ruang pameran seluas 4,655 kaki persegi, dengan model-model PEUGEOT seperti 408, 2008, 3008, 5008, dan LANDTREK dipamerkan.
Selain itu, pelanggan juga dapat bersantai di lounge kafe yang disediakan sambil menikmati hidangan ringan dan meneroka pilihan kenderaan mereka.
Bersempena dengan pengenalan jenama PEUGEOT di cawangan ini, Cycle & Carriage menawarkan promosi eksklusif untuk kenderaan PEUGEOT.
Pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM40,000 untuk PEUGEOT 3008, sehingga RM42,000 untuk 5008, dan sehingga RM30,000 untuk LANDTREK.

Setiap kenderaan yang dibeli dari Cycle & Carriage dalam tempoh promosi ini akan mendapat penyelenggaraan percuma selama lima tahun.
Semua kenderaan penumpang PEUGEOT datang dengan jaminan tujuh tahun atau 200,000km, manakala LANDTREK pula dengan jaminan lima tahun atau 150,000km.
Tawaran ini adalah untuk kenderaan tahun 2023 (YOM 2023) dari Cycle & Carriage. Bagi mereka yang mencari pakej tersuai untuk lebih penjimatan, boleh berkunjung ke Cycle & Carriage Cheras.
Cycle & Carriage Cheras dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 7 petang pada hari bekerja dan 11 pagi hingga 5 petang pada hari Ahad.