Buletin

FLAGSHIP TERBESAR VOLVO TRUCK

Volvo Truck, di bawah Volvo Malaysia kini mengumumkan pembukaan pusat pengedar terbesarnya di Port Klang.

volvo-truck-port-klang-mekanika (1)

Pembukaan flagship Volvo Truck itu merupakan fasa terbaru rancangan pengembangan Volvo sejak 2013 dan sebahagian daripada pelaksanaan Plan Strategi Rangkaian.

Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson berkata sebagai salah satu jenama kenderaan perdagangan paling penting di peringkat global, Volvo Truck menikmati pertumbuhan impresif hampir lima dekad beroperasi di Malaysia.

volvo-truck-port-klang-mekanika (3)

“Pembukaan ini juga menandakan kemuncak strategi pengembangan rangkaian kami dan mengukuhkan jenama Volvo di pasaran.

“Pusat pengedar Port Klang bukan sahaja menumpukan kepada trak tetapi juga Volvo Bas. Sekali gus terus mengukuhkan hubungan kami dengan para pelanggan,” katanya.

volvo-truck-port-klang-mekanika (4)

Pusat pengedar tersebut dibangunkan dengan reka bentuk bengkel moden dan ruang servis berganda. Ini bagi memudahkan urusan keluar masuk kenderaan ketika proses penyelenggaraan.

Pihak Volvo menyediakan 20 stesen kerja dan 10 ruang servis berganda. Kapasiti berkenaan mampu menyelenggara sehingga 20 lori sehari.

volvo-truck-port-klang-mekanika (1)

Selain itu, memudahkan urusan pelanggan pihak Volvo menyediakan ruang parkir mencukupi untuk trak dan peralatan bengkel moden. Bengkel juga dilengkapi dengan kren, alat penguji asap dan brek.

Nilsson berkata pemilihan Port Klang adalah strategik kerana berada di tengah aliran trafik pengangkutan utama.

volvo-truck-port-klang-mekanika (2)

“Terdapat populasi sekurang-kurangnya 2,000 trak di kawasan Pelabuhan Klang kerana ia merupakan hub logistik. Jadi kami boleh meningkatkan jangkauan dalam usaha menawarkan perkhidmatan terbaik kepada mereka setiap kali diperlukan,” katanya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button