Buletin

SATRIA NEO R3 DI BRUNEI!

Proton pada  Sabtu lalu melancarkan pusat 3S pertamanya di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Selari dengan pembukaan itu, pengeluar kenderaan nasional tersebut turut memperkenalkan model Satria Neo R3 ke pasaran Brunei.

Pusat 3S dan Satria Neo R3 dilancarkan secara rasminya oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Puan Yang Terutama Puan Haznah Md Hisham. Beliau ditemani oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Berhad, Datuk Lukman Ibrahim dan Pengarah Urusan United Motors Sdn. Bhd., Simon Gelan. United Motors Sdn. Bhd. ialah pengedar tunggal kenderaan Proton di Brunei.

mekanika - Neo R3 xtra (2)

Premis itu terletak di pusat perniagaan utama Brunei, Gadong. Berkeluasan 1,179 meter persegi, ia boleh menempatkan sembilan buah kereta dan menyelenggara sehingga 11 buah kereta pada satu-satu masa. Pembukaan pusat 3S Gadong membuktikan komitmen Proton untuk menjadikan Brunei sebagai salah satu  pasaran utamanya.

mekanika - Neo R3 xtra

Sejak beberapa bulan lalu, Proton agresif memperkenalkan model Prevé ke pasaran luar negara. Prevé dipasarkan ke Australia pada Oktober sewaktu acara Australia International Motorshow 2012. Pada November pula, model sama telah dilancarkan di Thailand dalam Thailand International Motor Expo 2012 di Bangkok.

2012-all-new-proton-preve

Brunei menjadi pasaran antarbangsa ketiga untuk Prevé. Sebelum ini, sebanyak 14 model Proton sudahpun dijual di sana. Varian itu ditambah menerusi kehadiran model Satria Neo R3.

Ini adalah pelancaran antarabangsa yang pertama model Satria Neo R3 sejak diperkenalkan di Malaysia pada November 2012. Satria Neo R3 merupakan kesinambungan kepada model ikonik, Satria Neo CPS yang kini telah dipertingkat dengan gayaan lebih segar dan sporty.

mekanika - Neo R3 xtra (3)

“Dengan pencapaian berterusan dalam sukan pemotoran, permintaan terhadap Satria Neo terus meningkat. Kami percaya pasaran untuk model sports hatch back masih belum dipenuhi di Brunei,”   jelas Lukman.

Proton Satria Neo R3 dilengkapi beberapa komponen R3 seperti spoiler belakang R3, splitter hadapan, mark hadapan dan belakang R3 serta rim aloi 16 inci R3. Bahagian dalamannya pula dipasang dengan tempat duduk semi-bucket, upholsteri kulit, karpet lantai R3 dan sistem navigasi GPS serta audio multimedia double DIN.

mekanika - Neo R3 xtra (1)

Kereta kompak ini dijana oleh unit enjin 1.6L Campro CPS yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 125hp @ 6500rpm. Ia turut hadir dengan pelbagai ciri keselamatan seperti dua beg udara, sistem brek ABS bersama EBD dan kualiti pengendalian Lotus.

mekanika - Neo R3 xtra (4)

Satria Neo R3 didatangkan dalam empat warna menarik iaitu merah, perak, hitam dan kuning yang juga merupakan warna untuk jentera rali Satria Neo S2000!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button