Buletin

TOYOTA C-HR MASUK PASARAN MALAYSIA 2018, HARGA DI ANTARA HR-V DAN CX-3

Toyota C-HR. terlalu banyak pertanyaan yang kami terima mengenai SUV ini. Seperti yang dijangka, ramai yang ingin tahu adakah ianya akan masuk Malaysia? Berapakah pula harganya?

Sejak sebulan yang lalu terdapat desas-desus bahawa UMW Toyota akan membawa masuk C-HR tahun hadapan dengan harga RM120,000 dan akan dipasang di kilang UMWT di Bukit Raja, Klang.

Kami cuba merisik dan mendapatkan maklumat. Pagi ini, menerusi sumber yang kukuh, kami boleh sahkan yang C-HR akan masuk ke pasaran.

Ia akan diperkenalkan pada tahun hadapan. CKD? (pemasangan tempatan) Kebarangkaliannya adalah tidak, kerana kilang baru Toyota yang bernilai RM2 Billion di Bukit Raja Klang hanya akan siap pada tahun 2019.

BACA: TOYOTA BINA KILANG RM 2 BILION DI KLANG

Kumpulan pengeluaran pertama C-HR berkemungkinan besar datang dari kilang Toyota di Rayong, Thailand. Harga? juga belum dapat dimukatamadkan. Menurut sumber kami, Toyota akan memposisikan harganya lebih murah dari pesaingnya Mazda CX-3 tetapi di atas harga jualan Honda HR-V.

Itu bermaksud Toyota C-HR akan berada pada tangga harga sekitar RM120K hingga RM130K. Pada jangkaan kami, ia akan dijual sekitar RM125,000.

Sebagai perbandingan di Jepun, Toyota menawarkan C-HR pada harga bermula 2.5 juta yen (RM97,000) bagi model 1.2 S-T dan 2.9 juta yen (RM112,000) untuk Hybrid G 1.8.

BACA: SPYSHOT TOYOTA C-HR DI THAILAND

C-HR merupakan kenderaan kedua yang dibangunkan di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA) selepas Prius generasi keempat. TNGA menjadi sebahagian daripada   program Toyota untuk mengubah reka bentuk struktur kenderaannya.

SUV ini didatangkan dengan dua pilihan enjin. Pertama, enjin turbo 1.2 liter berkuasa 115PS dan tork 185Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear Super CVT bersama tujuh kelajuan automatik dan pacuan empat roda (4WD). Rangkaian kuasa tersebut menawarkan penggunaan bahan api sekitar 15.4km/l.

Satu lagi enjin ialah empat silinder VVT-I Atkinson cycle bersesaran 1.8 liter yang mampu menawarkan penggunaan bahan api sehingga 30.2km bagi setiap liter petrol. Enjin itu kemudian digabungkan dengan kotak gear CVT, motor elektrik dan pacuan dua roda, sama seperti Prius.

BACA: TOYOTA LANCAR C-HR UNTUK PASARAN JEPUN

 

Google ads
Back to top button