Buletin

TOYOTA LANCAR C-HR UNTUK PASARAN JEPUN

Selepas begitu lama berahsia, Toyota akhirnya melancarkan SUV kompak yang cukup ditunggu-tunggu, C-HR ke pasaran Jepun.

Diedar oleh semua pengedar Toyota, Toyopet, Toyota Corolla dan Nets di seluruh Jepun, C-HR turut dijangkan digunakan sebagai kenderaan pengurusan pada acara marathon Tokyo-Hakone kali ke-93 Januari depan.

toyota-c-hr-launched-japan-mekanika-4

C-HR merupakan kenderaan kedua yang dibangunkan di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA) selepas Prius genetasi keempat. TNGA menjadi sebahagian daripada   program Toyota untuk mengubah reka bentuk struktur kenderaannya.

BACA: SPYSHOT – TOYOTA C-HR DI TURKI

BACA: KALAU BETUL INI MITSUBISHI ASX GENERASI BARU, ANDA NAK BELI?

Walaupun berkongsi platform, prestasi C-HR diuji secara ekstensif di semua permukaan jalan di seluhuh dunia. Pada Mei lalu, pihak Toyota GAZOO turut menyumbang dalam usaha menambah baik jentera ini. Malah ia telah menamatkan perlumbaan 44th 24 Hours of Nürburgring di Jerman.

toyota-c-hr-launched-japan-mekanika-6

C-HR hadir dengan dua pilihan enjin. Pertama, enjin turbo 1.2 liter berkuasa 115PS dan tork 185Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear Super CVT bersama tujuh kelajuan automatik dan pacuan empat roda (4WD). Rangkaian kuasa tersebut menawarkan penggunaan bahan api sekitar 15.4km/l.

BACA: SENARAI CALON KERETA TERBAIK 2016 -BAGAIMANA IA DINILAI? 

Satu lagi enjin ialah empat silinder VVT-I Atkinson cycle bersesaran 1.8 liter yang mampu menawarkan penggunaan bahan api sehingga 30.2km bagi setiap liter petrol. Enjin itu kemudian digabungkan dengan kotak gear CVT, motor elektrik dan pacuan dua roda, sama seperti Prius.

toyota-c-hr-launched-japan-mekanika-7

Kedua-dua varian itu telah diakui memenuhi tahap emisi yang 75 peratus lebih rendah berbanding Standard Emisi Ekzos 2005. Sekali gus membolehkannya mendapat pengecualian cukai untuk kenderaan mesra alam.

toyota-c-hr-launched-japan-mekanika-3

Antara ciri utama C-HR

  • Prestasi pemanduan yang responsif, hasil penambahan ciri pada platform TNGA.
  • Gayaan luaran tersendiri yang ringan dan berkuasa menerusi ekspresi rekaan Keen Look dan Under Priority Toyota.
  • Ruang kabin mengetengahkan preincian terbaik dari segi tekstur, bentuk dan warna. Panel kawalan dengan pelbagai jenis meter diletakkan di bahagian tengah untuk kemudahan pemandu.
  • Pakej bantuan mengelak kemalangan, Toyota Safety Sense P didatangkan sebagai ciri standard untuk semua varian.

toyota-c-hr-launched-japan-mekanika-1

Di Jepun, Toyota menawarkan C-HR pada harga bermula 2.5 juta yen (RM97,000) bagi model 1.2 S-T dan 2.9 juta yen (RM112,000) untuk Hybrid G.

Walaupun ramai yang tidak sabar untuk menunggu ketibaan  C-HR ke pasaran tempatan, UMW Toyota Motor bagaimanapun masih membisu mengenainya. Kita tunggu sahajalah…

Google ads
Back to top button