BuletinSpyshot

SPYSHOT TOYOTA C-HR SEDANG DIUJI DI THAILAND

Segmen crossover yang dahulunya hanya popular di Eropah dan Amerika kini membiak pantas di benua Asia. Bezanya, di Asia, pengguna lebih gemar crossover bersaiz kecil dan sederhana berbanding model segmen D atau SUV 7 tempat duduk.

Honda HR-V telah membuktikannya. Di pasaran Malaysia sendiri, kita dapat lihat trend pemilikan SUV menjadi gayahidup baru. Ada Mitsubishi ASX Subaru XV, Ford Ecoboost, Mazda CX-3, Renault Captur dan sudah tentu agak aneh bila SUV kecil Toyota tidak ada di pasaran.

BACA: C-HR MODELLISTA DI JEPUN BERMULA

BACA: TOYOTA C-HR DILANCARKAN DI JEPUN

Maka lahirlah C-HR, model SUV penting ini juga akan memasuki pasaran Asia. Setelah dilancarkan di Jepun pada penghujung tahun lepas, C-HR bakal ke pasaran Thailand tidak lama lagi. Pihak headlightmag telah berja mendapatkan foto unit SUV ini yang sedang diujipandu di jalanraya awam di Thailand.

Berlindung disebalik pelekat hitam putih itu pun tidak mampu menyembunyikan rekabentuk asal C-HR ini kerana ia memang sangat berbeza dengan mana-mana SUV dalam kelasnya. SUV ini juga telah dipamerkan di pameran Gaikindo Indonesia tahun lepas dan juga Pameran Motor Singapura minggu lalu. Ia petanda C-HR akan ke pasaran Asia Tenggara tidak lama lagi.

Berbeza dengan binaan SUV khusus asia seperti Rush, C-HR adalah model global yang dibekalkan dengan unit enjin moden dan baru. Ia didatangkan dengan pilihan enjin 1.2 turbo. 1.8 liter petrol N/A dan juga 1.8 liter petrol hybrid.

 

 

kredit

headlightmag

 

 

Google ads
Back to top button