Artikel Pilihan

CADILLAC LYRIQ – SUV FUTURISTIK UNTUK MASA HADAPAN

Suka atau tidak, kita harus bergerak terus maju ke hadapan. Meninggalkan perkara – perkara yang menjadi kelaziman kita. Dalam dunia automotif juga tidak terkecuali. Baik dari segi teknologi mahu pun reka bentuk. Walau pun masih belum boleh terbang sepenuhnya, namun, inilah dia imbas bagai mana rupa dan bentuk kenderaan untuk masa hadapan. Memperkenalkan SUV terbaharu, Cadillac Lyriq.

Jelas sekali penampilan luaran Cadillac Lyqiq ini menampilkan rekaan yang cukup futuristik dan moden. Tanpa perlu menggunaan rekaan gril yang menjadi kelaziman, Cadillac Lyriq ini menggunakan rekaan yang dilengkapi dengan perisai Black Crystal yang memaparkan tekstur tiga dimensi untuk menampilkan perincian yang lebih jelas. Lampu utama LED pula diposisikan secara menegak di bahagian tepi bampar. Rekaan yang moden turut diaplikasikan di bahagian belakang model ini dengan lampu utama yang bermula dari bahagian sisi belakang membawa terus melintangi separuh bahagian belakang model ini.

Penampilan luaran yang kelihatan seolah kenderaan dari masa hadapan ini diserlahkan lagi dengan penggunaan bumbung panorama kaca sepenuhnya dari bahagian hadapan hingga ke spoiler belakang. Memang nampak mewah dan lebih ekslusif. Penggunaan tayar berprofil rendah dan rim bersaiz 20 inci jelas menyerlahkan lagi rupa sporty terhadap SUV yang bersaiz agar besar ini.

Rekaan ruang kabin juga tampak begitu moden dan futuristik, apatah lagi dengan penggunaan bentangan paparan LED di papan pemuka bersaiz 33 inci untuk memaparkan info penting kenderaan. Mujur rekaan stereng masih lagi berpijak di bumi yang nyata. Dibuatnya guna rekaan yang pelik sangat, barulah feeling kapal angkasa kejap. Paling penting, paparan ini turut berintegerasi dengan sistem infohiburan yang turut tersedia dengan sambungan Apple Car Play dan juga Android Auto.

Oh ya, sebagai sebuah SUV masa hadapan, sudah tentu tidak patut sekiranya trenkausanya menggunakan enjin petrol mahupun diesel. Guna elektrik barulah gaya masa hadapan, kan? Sekali pengecasan penuh, berupaya untuk membawa Cadillac Lyriq ini bergerak sejauh 300 batu (482 km). Malah, dengan penggunaan pengecasan pantas selama 10 minit, ianya berupaya menggerakkan sehingga 76 batu (122 km). Kira oklah, tak ada risau sangat nak kena usung power bank ke apa nanti.

Model yang serba canggih dan moden ini dijangka hanya akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2022. Boleh simpan duit siap – siap dah ni.

BACA : CADILLAC ESCALADE BAHARU. INI BARULAH SUV GAYA LEBIH AMEEEREKA

BACA : ADA APA DENGAN THE BEAST : SI CADILLAC ONE

Google ads

B K

Back to top button