Buletin

HYUNDAI PERKENAL KONA N. 2.0L TURBO 276HP, LAUNCH CONTROL. TAK MASUK MALAYSIA

Hyundai semalam memperkenalkan SUV berprestasi tinggi, Kona N di peringkat global. Menjadi model crossover pertama yang menerima talaan divisyen N Hyundai, jentera berkenaan dibina untuk menarik minat lebih ramai penguna di seluruh dunia. 

Penampilan Kona N diserlahkan menerusi rekaan bampar hadapan dengan gril berwarna hitam yang cukup sportty. Lampu DRL nipis pada bahagian atas dipadankan bersama lampu utama LED di bawahnya. Bagi memastikan anda tidak tersalah dengan model Kona yang lain, emblem N dipasang pada sebelah kanan gril. 

Jentera itu turut menerima kemasan berwarna merah pada lips hadapan, skirting sisi dan belakang. Sementara perumah cermin sisi dan roof rails dihitamkan. Bahagian belakang pula nampak garang dengan pemasangan ekzos berkembar, sepasang lampu LED, air diffuser dan lampu brek ketiga berbentuk tiga segi. 

Rekaan sporty diteruskan ke ruang kabin. Kona N menggunakan stereng sports N bersama butang berwarna biru dan paddle shifter. SUV itu juga dilengkapi paparan head-up, kluster instrumen digital, di samping skrin infohibur bersaiz 10 inci yang lengkap dengan peta litar dan penjaga masa. 

Berbanding Kona N Line, Kona N dipasang dengan pedal aloi, kerusi N dan kemasan Performance Blue. Dari segi keselamatan, crossover berkenaan hadir dengan sistem bantuan pemandu seperti amaran pelanggaran hadapan, bantuan kekal laluan, kawalan jelajah pintar pemantauan titik buta, RCTA dan banyak lagi. 

Kona N dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo yang mampu menjana 276hp dan tork 392Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi kotak gear klac berkembar DCT lapam kelajuan. Jika fungsi N Grin Shift digunakan, kuasa enjin boleh ditingkatkan menjadi 286hp. 

Apabila menggunakan ciri Launch Control, Kona N boleh mencatat pecutan dari 0-100km/j dalam masa hanya 5.5 saat. Sementara kelajuan tertinggi dihadkan kepada 240km/j. 

Bagi membezakannya dengan Kona standard, ia dilengkapi pelbagai ciri istimewa. Selain fungsi N Grin Shift yang memberikan boost pada enjin dan transmisi selama 20, Kona N turut didatangkan dengan ciri N Power Shift. Ia berperanan mengaktifkan aspek pecutan pantas dan memaksimumkan kuasa tork semasa gear lebih tinggi ditukar. 

Fungsi N Sense Shift pula mengoptimumkan aspek penukaran gear dan tempoh masanya demi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih sporty. 

Kemantapan pengendalian Kona N disumbangkan oleh aplikasi ciri LSD elektrik, sistem ekzos pelbagai mode, struktur chasis lebih tegar dan sistem brek berprestasi tinggi. 

Berapakah harganya? Sebagai rujukan, harga Kona N di United Kingdom bermula £35,000 (RM199,000) seunit. 

Sebelum ini, Hyundai-Sime Darby mengesahkan bakal memperkenalkan Kona N Line ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Ini bermakna, besar kemungkinan kita tidak akan menerima Kona N. Hmmm…

GALERI

Google ads
Back to top button