Artikel Pilihan

VESPA 150 TAP, VESPA PERANG ANTI KERETA KEBAL DARI PERANCIS

Sewaktu perang dunia kedua berlaku, tentera Jerman mengajar tentera Perancis satu perkara yang penting. Jerman boleh mengalahkan Perancis yang dilindungi oleh kubu Maginot Line dengan taktik unit kereta kebal dan unit perisai yang bergerak pantas, tanpa perlu berhadapan dengan kubu perang.

Agaknya itulah yang dipelajari oleh tentera Perancis sehingga mereka menubuhkan satu divisi khas motor skuter yang dilengkapi dengan peluru anti armor. Unit ini boleh dihantar dengan payung terjun ke mana-mana kawasan konflik dengan pantas, terutama di belakang garisan musuh.

Jadi pada tahun 1950an, pemilik lesen Vespa di Perancis iaitu ACMA (Ateliers de Construction de Motocycles et Automobiles) telah memenangi satu kontrak untuk menghasilka sekitar 600 unit vespa versi tentera yang dilengkapi dengan senapang anti armor

Vespa ini dikenali dengan nama Vespa TAP 150. Tap bermaksud (Troupes Aéroportées; askar payung terjun) dalam bahasa Perancis. Walaupun nampak hampir sama dengan Vespa yang dijual di pasaran, TAP 150 dipasang dengan enjin 150cc satu piston 2 lejang serta kerangka yang diperkuatkan. Ya pasti mereka tak mahu Vespa ini patah dua lepas mendarat dengan payung terjun

Vespa TAP 150 juga dipasang dengan meriam anti armor M20 buatan Amerika, rak peralatan, bekalan peluru serta gear set yang lebih besar untuk membawa muatan. Jadi disebabkan mahukan tork yang lebih, halaju maksima vespa ini hanyalah 64km/j

Walaupun secara teori meriam M20 boleh ditembak ketika Vespa TAP 150 ini ditunggang, namun meriam ini sebenarnya direka untuk ditembak di atas permukaan tanah dengan bantuan tripod. Jika ditembak sambil menunggang, kemungkinan tembakan akan tersasar kerana meriam ini dipasang senget sedikit dari kerangka.

Jadi biasanya Vespa TAP 150 ini akan dihantar sepasang bersama sepasukan tentera payung terjun Perancis. Satu Vespa memuatkan meriam M20 dan peluru, satu lago Vespa akan membawa tripod serta bekalan peluru tambahan untuk meriam M20

Antara sebab Vespa ini dibangunkan ialah, pihak tentera mendapati Vespa memiliki beberapa kelebihan dalam konflik seperti ringan, boleh dibawa di kawasan sempit, boleh membawa meriam dengan pantas dari Landaning Zone ke kawasan konflik, penggunaan petrol yang rendah, ada tayar simpanan dan tidak menggunakan rantai. Vespa dpilih sebab ia lasak dan boleh diharap

Ketika prototaip ini dibangunkan, pihak tentera telah cuba melengkapkan vespa dengan pelbagai alatan tentera seperti mesingan ringan, radio komunikasi dan juga pelindung kaki kalis peluru. Dalam ujian yang dibuat oleh NATO, halaju vespa hanya kurang 5km/j berbanding dengan motosikal lain yang lebih besar

Ketika operasi, Vespa TAP 150 akan dijatuhkan ke kawasan konflik dengan payung terjun di atas palet kayu, melindungi dari kerosakan dan boleh digunakan dengan serta merta. Kadang kala Vespa ini juga disertakan dengan trailer tambahan bagi membawa peluru

Pada asalnya meriam M20 ini direka sebagai meriam anti kereta kebal yang ringan dan mudah dibawa dengan peluru HEAT. Ia berupaya menembusi armor setebal 100mm dari jarak 6400m. Malangnya peluru HEAT ini didapati tidak efektif bagi menentang kereta kebal T34 buatan Rusia ketika konflik Perang Korea dan Perang Indochina

Namun meriam M20 ini sangat efektif menentang kubu dan pillbox serta kenderaan perisai ringan. Jeneral tentera amat gemarkan Vespa kerana ia sangat murah, sekitar USD 500 sahaja per unit. Unit tentera yang menggunakan Vespa ini juga mendapati ia senang dibaiki, boleh dipandu di laluan lasak serta setangki petrol membolehkan ia ditunggang sejauh 200km

Ingat dalam perang bukan senang nak isi petrol, bukan ada stesen minyak pun

Google ads
Back to top button