Artikel Pilihan

ADA APA DENGAN THE BEAST : SI CADILLAC ONE

Sedap juga bubuh tajuk artikel serupa tajuk drama waktu Maghrib ini kan. Cadillac One ini atau nama manjanya The Beast adalah merupakan Kenderaan Rasmi yang paling selamat di muka bumi bagi membawa Presiden Amerika Syarikat ke mana sahaja ke pelusuk dunia. Jenuh jugalah nak mengusung ke sana dan ke sini. Iyalah, pemimpin negara yang baik (baca: yang sebaliknya ya) sudah tentu mempunyai ramai musuh. Jadi, keselamatan sudah tentu menjadi keutamaan.

BACA : MERCEDES S600 LIMO PRESIDEN VLADIMIR PUTIN UNTUK DIJUAL- RM6 JUTA

BACA : BOS FERRARI SINDIR LAMBORGHINI – FERRARI LEBIH EKSKLUSIF, LEBIH SUSAH DIBELI

Sedikit sejarah untuk Brader Karrager kongsikan, sebelum penggunaan jenama Cadillac, tahukah bahawa jenama Lincoln juga pernah berkhidmat sebagai Kenderaan Rasmi buat negara Uncle Sam itu.

Jadi, berbalik kepada tajuk utama, Cadillac One yang baharu ini telah membuat debut sewaktu majlis rasmi pertama kali Donald Trump diperkenalkan selaku Presiden. Cadillac One ini sebetulnya tidak dibina di atas mana-mana platform kereta tetapi dikhabarkan dibina atas plafform trak GMC Topkick dan dipercayai bahawa enjin Vortec 8.1-litre telah dipasang sebagai nadi utama. Mesti ramai yang sangka bahawa ianya sudah cukup laju untuk memecut. Tetapi tahukah bahawa kereta ini sebetulnya tidak mampu pun untuk memecut laju sehingga ke 100km/j.

Cadillac One ini sebetulnya sarat dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan demi memastikan kelangsungan hidup si Presiden itu tadi. Pintunya sahaja setebal 8 inci dengan dilengkapi perisai (sama tebal dengan pintu Kapal Terbang Boeing) dan apabila ianya ditutup, cukup untuk mengelakkan sebarang serangan hatta serangan kimia sekalipun. Manakala cerminnya turut dilengkapi dengan 5 lapisan cermin dan polikarbonat yang mampu menebat sebarang serangan senjata api. Manakala cermin pintu pemandu hanya boleh dibuka setakat 3 inci sahaja. Bolehlah kalau setakat order Mcd Drive Thru, iya tak?

Kenderaan yang telah dibina sebanyak 12 unit bagi kegunaan si Presiden seluruh pelusuk dunia turut dilengkapi dengan telefon satelit bagi berhubung dengan Timbalan Presiden dan Pentagon untuk sebarang kecemasan. Sistem oksigen yang tersedia pada ruangan boot di belakang boleh berfungsi dikala The Beast ini diserang menggunakan serangan berbentuk gas yang berbahaya. Malah, bekalan darah turut tersedia di saat kecemasan si Presiden berlakunya tumpah darah.

Manakala tayar yang besar itu pun sebenarnya masih mampu bergolek sekiranya dibom dek kerana turut diperkuat dengan kevlar sambil dipandu oleh Pemandu yang hanya dilatih oleh Secret Service untuk menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Tangki minyak juga telah dilitupi dengan perisai bagi melindungi dan telah diisi dengan sejenis foam istimewa yang mampu menghalang ianya daripada meletup.

Kos pembinaan bagi sebuah sahaja dah mencecah £1.2m (RM6.6juta). Entah apa pula kata pembangkang di USA sana kalau dapat tau berapa banyak duit dah dibazirkan sampai ada 12 biji Cadillac One ini. Kan??

Sumber : dailymail.co.uk

Google ads

B K

Back to top button