Buletin

CAPTAIN MARVEL SAH SERTAI FRANCAIS FAST FURIOUS

Francais terkenal yang tidak masuk akal serta melawan hukum fizik, Fast & Furious sudah pun menampilkan beberapa pelakon terkenal sejak dari dulu lagi.

Seperti contoh The Rock yang muncul pada filem Fast Five, Jason Statham (Furious 7), Charlize Theron (The Fate of the Furious), dan juga John Cena (F9).

Untuk filem yang ke-10, produser Fast Furious Vin Diesel mengesahkan seorang lagi pelakon terkenal, Brie Larson bakal membuat penampilan dalam filem yang akan muncul pada Mei 2023.

Brie Larson sebelum ini terkenal di kalangan para peminat siri Marvel di mana beliau melakonkan watak sebagai Captain Marvel.

Installment terakhir Fast & Furious bakal terbahagi kepada dua bahagian, di mana kedua-dua filem tersebut bakal diarahkan oleh Justin Lin, dan filem yang kesebelas itu merupakan filem yang bakal menutup buku Fast & Furious. – Instagram Vin Diesel

Google ads
Back to top button