
FAST X SIAR TRAILER RASMI PERTAMA
Francais Fast & Furios kini sudah pun mencapai filem yang kesepuluh, dan satu trailer berdurasi hampir empat minit telah pun disiarkan menerusi pelbagai saluran media sosial.
Tidak seperti filem terdahulu yang sudah mencapai ke angkasa lepas, trailer Fast X kali ini memfokuskan kepada jalan cerita kehidupan watak utama Dominic Toretto dan ‘keluarga’nya yang terpaksa berdepan dengan watak jahat baharu yang dimainkan oleh Jason Momoa.
Berdasarkan trailer, watak baharu ini ada kaitan dengan kematian watak jahat Hernan Reyes yang pernah muncul dalam filem Fast Five.
Beberapa watak yang pernah ada dalam filem sebelum ini turut membuat kemunculan semula seperti Deckard Shaw (Jason Statham), Jakob (John Cena) serta kemunculan beberapa watak baharu yang dilakonkan oleh Brie Larson dan Alan Richtson.
Terlalu banyak perkara untuk diulaskan berdasarkan trailer terbaharu ini, jadi apa kata anda capai apa jua jajan yang ada ditangan dan nikmatilah drama keluarga Fast and Furious yang kini semakin hampir menuju ke garis penamat.
Filem Fast X ini dijangka akan ditayangkan di pawagam pada 19 Mei ini.