
SEMUA MODEL BAHARU VOLVO BOLEH DIKEMAS KINI SECARA OTA BERMULA TAHUN 2023
Semua model baharu Volvo bermula buatan tahun 2023 kini didatangkan dengan keupayaan kemas kini perisian secara over-the-air (OTA).
OTA merupakan antara teknologi utama dalam merealisasikan impian Volvo untuk menjadikan kenderaan pelanggan sentiasa lebih baik. Selain mengukuhkan posisinya selaku salah satu peneraju dari segi kemas kini perician secara OTA.
Keupayaan tersebut ditawarkan ke atas model terkini XC90, S60 and V60, selain kereta elektrik (EV) yang bakal diperkenalkan oleh Volvo pada masa depan.
Jadi, pelanggan akan menerima kemas kini sistem operasi secara OTA untuk versi terkini Android Automotive OS, Android 11. Mereka juga akan mendapat akses ke atas aplikasi baharu di dalam Google Play seperti navigasi, pengecasan, parkir dan penstriman video dijangka bermula akhir tahun ini.
Kemas kini OTA juga menawarkan penambahbaikan dari segi pengurusan tenaga bateri menerusi pemasaan suhu lebih baik, aplikasi dalam kenderaan danfungsi terkini aplikasi telefon pintar.
Pengurusan tenaga membantu memaksimumkan prestasinya pada musim sejuk atau panas, sekali gus meningkatkan jarak pemanduan. Aplikasi Volvo Cars juga akan menerima kemas kini lebih kerap berkaiyan peratusan pengecasan sewaktu OTA berlangsung.
OTA terkini akan melibatkan 190,000 unit kenderaan di seluruh dunia. Volvo baru sahaja memperkenalkan kemas kini OTA di beberapa pasaran baharu seperti India, Taiwan dan New Zealand, selepas ia dilancarkan di Korea Selatan, Australia, Thailand dan Singapura pada awal tahun ini.